Rakyat Malaysia Malas Membaca Buku?

Image may contain: people sitting and indoor

Biar betul, sewaktu aku ke PBAKL2018,ramai je yang beli buku(masalahnya baca tak buku tu?), Jualan Buku Gudang Karangkraf pun begitu, Kedai Buku MPH di Setia City Mall pun boleh tahan juga orang beli buku.

Mungkin ada perangkaan terkini berkaitan membaca ini. Lihat pada status sahabat muka buku ada yang bercakap prihal ini.

Jika rakyat Malaysia tidak suka membaca, ini sudah cukup gawat ni, tapi aku rasa sebahagiannya mungkin( masih tak mahu membaca) dan aku yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang cintakan buku dan membaca, yakin dan positif.

Pernah seorang kawan tanya, macam mana mahu tanamkan minat membaca? Aku jawab, membacalah, bacalah.

Kalau tidak dimulakan membaca, bila mahu membaca...kan!

Beli buku,baca buku nipis-nipis dulu jangan terus buku tebal-tebal nanti pening. Pilihlah buku apa yang disukai. Baca sikit-sikit, lama-lama banyaklah.

InsyAllah, lama-lama jadi seronok. Sediakan satu rak, letaklah mana-mana sudut di rumah. Susun buku yang dibeli dalam rak, pasti akan terdetik rasa seronok bila tengok buku tersusun di atas rak.

Tak percaya buat, itulah yang dulu-dulu aku buat, berangan-angan bilalah buku aku nak banyak, beli dan baca. Kena bacalah. InsyAllah lama-lama banyaklah buku tu.

Membacalah denga nama TuhanMu!

#duniabukumasshah
#akubukanpenulis
#ceriabersamabuku
#malaysiamembaca

#rakyatmalaysiasukamembaca

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi