Catatan Selepas Asar

Image may contain: cloud, sky, stripes and outdoor

Di sini bertelingkah bagai huru-hara tetapi di sudut sana sedang ada sekelompok bangsa seperti aku dan kau.

Mereka sedang membina empayar, perjuangannya semakin laju,laju dan laju...penuh damai dan kasih sayang.

Ada yang menyedari, ada yang tidak, ada yang buat-buat tak nampak,ada yang dengki tapi tak boleh buat apa-apa, ada yang tak tahu apa-apa.

Mereka berkerja, mereka berjuang, Tuhan diperjuangkan insan disayangi...jangankan fitnah bahkan mereka mahu mati syahid

Mereka percaya bukankah mati itu syarat menemui cinta?

Ya...mereka sedang bekerja untuk mendamaikan bumi tercinta ini.

Jika benar, beruntunglah, jika tidak, tidak ada apa-apa.

Berkerjalah dan berjuanglah setiap kita ada peranannya...kita bukan sahaja merindui Malaysia Baharu tetapi lebih dari itu...Dunia Baru...


Insan Kerdil.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi