Idea Datang Tiba-Tiba

Image result for jaringanperkongsianmindaanda
google image

Kata Pak Agi, idea itu datang tiba-tiba dan kadang-kadang(yang peliknya) muncul sewaktu kita tengah di bilik air, sedang memandu bahkan tengah solat pula  idea pun datang dan di mana-mana pun ia boleh datang. Jadi sediakan buku catatan agar ia tidak hilang begitu sahaja. Cepat-cepat tulis...sama ada idea itu akan jadi tulisan ataupun tidak tetap tulis. Mungkin satu masa idea itu kita boleh kembangkan menjadi cerita, puisi, cerpen, novel atau lainnya. 

Memang betulah apa yang dikatakan oleh penyair yang tersohor itu.Bahkan penulis lain pun begitu. Mereka sering mendapat idea penulisan secara tiba-tiba. Mereka pasti menyediakan buku catatan yang sentiasa berada dipoket atau disisi mereka. Telefon bimbit juga cukup mudah untuk digunakan sebagai perakam idea-idea penulisan yang datang tiba-tiba.

Justeru, sediakan apa sahaja kemudahan untuk idea penulisan yang bakal datang tiba-tiba.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi