Posts

Showing posts with the label SAJAK 2014

Hentikan Semua Ini

Hentikan Semua Ini Kamu yang punyai kuasa nasihatilah orang-orang bawahan kamu usah cemarkan nama bangsa yang dianggap keramat ini jika ia kau perjuangkan bangsamu jaga jugalah adab dan adatnya sekalipun kau marah bukanlah itu tindakannya Matanglah berpolitik, mana kata-kata transformasi mana kata-kata wasatiyah budi pekerti amalan mulia politik baharu... atau ianya hanya kata mainan di bibir. Kamu yang berkuasa hentikanlah permainan ini tak sanggup lagi mata ini melihat kejelekan itu usah kau diamkan sahaja usah kau tak rasa apa-apa nanti kau hilang kuasa menyesal tak sudah baru kau leka mahu bermain sama panda esok entah lusa sudah hilang kuasa itu semua kerja YANG MAHA KUASA. Kamu yang berkuasa tolong ya...hentikan semua ini kedamaian keharmonian ketenangan semua orang mahu suka kerana ini tanah pusaka kita pun begitu sama rasa lain bangsa pertahankan rukun sesama kita itulah harapan anak bangsa. Masshah 2014 24052014 Meru.