MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, September 17, 2013

Sajak: Membaca Direalisasi

        


Membaca Direalisasi
                                
Sudah tersingkap dalam kalam suci
gesaan membaca buat semua
usahlah dinafi seruan murni
semoga tidak dipersia.

Lapangkan hati bukalah minda
dari satu generasi sehingga kini
seruan suci tetap abadi
amalan membaca di mana-mana.

Dari satu tamadun ke satu tamadun
kejayaan demi kejayaan dicapai
hasil membaca melahirkan ramai ilmuan
tersingkap sudah bukti pencapaian digapai.

Dari sekolah atap hingga ke pusat pengajian tinggi
membaca menjadi budaya diri
meningkatkan prestasi serta motivasi
itu tanda, membaca sudah direalisasi.

Kini sudah terbukti di mana-mana
membaca menjadi hobi terkini
tersemat pada diri menjadi budaya
kalam suci tersemat di sanubari.

Ayuhlah...membacalah, anda tak akan rugi!.

Masshah 2013
28hb 06 2013 / Sabtu
Bilik buku
Meru
Selepas asar.          
                                


Sajak: Maha Baiknya Engkau



Maha Baiknya Engkau

Setiap saat aku bernafas
sesungguhnya kau Maha Hebat
semuanya milik-Mu
sekadar pinjaman buatku
untuk diperguna mengagungkan-Mu...
Terima kasih Tuhan
Maha Baiknya Engkau.

Masshah 2013
28hb 06 2013 / sabtu
Bilik buku
Meru
Selepas asar

Monday, March 11, 2013

Sajak: Perjalanan Suci




Perjalanan Suci

Perjalanan suci menuju ilahi
anugerah istimewa yang diberi
usah diabai dan diengkari
mesti disyukuri agar ibadah menjadi.

Beruntunglah pada diri
kerana terpilih, menjadi tetamu ilahi,
perjalanan suci elakan sifat amarah
buangkan segala mahzummah
sucikan hati untuk ziarah dan umrah.

Bersihkan diri sucikan hati
banyakkan berzikir ingatkan ilahi
perjalanan suci pasti diredai
amal ibadah pasti diberkati.

Buangkan sikap riak yang keji
betulkan niat sebelum pergi
tetap teguh pada yang PASTI
pada ilahi sudah semesti tetapkan niat nan suci
jika tidak rugi kemudian hari.

Tinggalkan dunia sementara di hati
di hadapan kaabah rendahkan hati
tunduk patuh hanya pada ilahi
DIAlah hanya yang memberi rezeki.

Berpakaian ihram putih bersih
tanda hati tulus pada ilahi
pakaian putih bersih itulah
yang akan membungkus diri bila mati.

Pada tawaf dan saie
menguji minda dan fizikal diri
hanya tautan hati pada ilahi
iman dan taqwa pasti diberi
sebagai bekal penguat emosi.

Usah sesekali dilupai sebarang seminit atau seinici
pada ilahi pabila ibadah sedang dikerjai
kerana hanya DIAlah
penolong pada diri sendiri.

Tetapkan hati banyakan berdoa
merintih-rintih, merayu-rayulah
pada setiap munajat yang dilaku
hanya DIAlah yang Maha Mendengar apa yag dihajati dan dirayu.

Semoga perjalanan suci ini tetap di atas landasan yang Satu
pada panduan yang jitu
insyallah ibadah ziarah dan umrahmu
diterima ilahi sebagai umrah yang mabrur.

Amin Ya…Rabb, begitulah impian dan harapan kami.

Masshah 2013
Bilik buku
meru

Saturday, March 9, 2013

Sajak: Pusaka Abadi




Pusaka Abadi

Pusaka abadi
peninggalan seorang nabi
jangan sesekali kau tinggali
kelak nanti kau akan rugi.

Pegangi dan ikuti
telusuri segala sirah dan sunnahnya
pakailah dan hiaslah
sebagai penghias pribadi diri.

Usah disanggahi dan diragui
segala peninggalan ini
ia adalah pusaka yang akan diwarisi
dari satu generasi ke satu generasi
hingga ke akhir zaman.

Ingati pada diri
usah sesekali mencaci dan mengeji
pusaka abadi ini,
kelak merana, akhirat menanti
rugi diri sendiri.

Agar pusaka ini terus diwarisi
amalkan pada diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Yakinilah dunia pasti harmoni.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Wednesday, March 6, 2013

Sajak: Ku Hadir




Ku Hadir

Ku hadir dipersetiga malam
menyahut panggilan-MU
ku sahut jemputan-MU
untuk mendapat Rahmat
dan kasih sayang-MU.

Ku hadir, tika umat sedang
nikmat dengan dengkur,
ku datang, tika jiwa
rasa rindu teramat
pada Rabb.

ku hadir, dengan harapan
cintaku kau balas.
ku dekat bermunajat
agar segala berkat dan nikmat
meresap di kalbu

Terimalah aku Ya...Rabb...!

Masshah
Bilik buku
Meru.



Monday, March 4, 2013

Sajak: Buat Perwira Pertiwi



Buat Perwira Pertiwi

Pengorbananmu
terlalu tinggi buat pertiwi
pada setiap sempadan negeri
kau kawali setiap waktu
tanpa ada rasa letih dan jemu
kerana kau tahu itu tugasmu.

Pada setiap tempat yang kau jagai
nyawamu belum tentu
kerana bila-bila masanya melayang tanpa diundang
biar berkorban atau terkorban tiada gentar dalam jiwamu
semangat perwira pembela pertiwi
kuat , kukuh, teguh dalam semangat juangmu.

Perjuanganmu bukan kerana nama,
bukan kerana pangkat,
juga bukan kerana mengejar darjat
namun, namamu akan tersemat kuat melekat
pada setiap jiwa umat,
yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu.

Kaulah perwira pertiwi selamanya di hati kami.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Sunday, March 3, 2013

Sajaj: Pada Usia




Pada Usia

Usia hanya pinjaman
buat insan,
jangan dilupa bekalan
kelak tiada kerugian.

Manfaatkan usia
yang masih tersedia
agar hidup tidak dipersia-sia.

Pada usia yang bertambah
bukan untuk dipersia
agar sentiasa bersedia
untuk ke sana.

Pada usia yang ada
pengingat diri yang alpa
agar nikmat tidak dilupa
ia pinjaman sementara
esok, lusa atau entah bila
kembali kepada-NYA.

Pada usia yang semakin dewasa
lupakan sengketa sesama
saling bermuhasabah
saling berjanji setia
agar usia dinikmati dan dimanfaati bersama.
Pada usia usah diingkari nikmat ilahi
syukuri yang diberi
agar  hidup bahagia dan harmoni.

Ingatlah wahai diri
pada usia yang diberi
jangan dipersia walau seinci
kelak kau akan rugi.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

( Ditulis sempena ulangtahun kelahiran pada 2.3.2013 )

Sajak: Lahad Datu Oh Lahad Datu






Lahad Datu Oh Lahad Datu

Ada yang sudah tahu
ada yang tidak tahu
ada yang buat-buat tak tahu
ada yang tak nak ambil tahu
ada yang langsung tak tahu.

Lahad Datu oh Lahad Datu
ada yang terkedu
ada yang termanggu
ada yang tidak tentu
ada yang melulu
ada yang cuba mahu menipu
ada yang mahu buat salah laku
ada yang mahu bikin sandiwara.

Lahad Datu oh Lahad Datu
ada yang merayu
ada yang kelu
ada yang keliru.

Pada akhirnya…lahad datu…
ada yang sendu
ada yang pilu
ada yang sayu.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.

Thursday, February 28, 2013

Sajak: Cukuplah Sekali




Cukuplah sekali

Cukuplah sekali
jangan sampai dua kali
kerana bicaranya tidak boleh dipercayai
cukup sudah yang dulu-dulu,

Jangan cuba melulu
fikir-fikir dulu
walau dengan kata ‘cuba dulu’
itu semua tidak perlu.

Ingat pada cerita dulu
selepas berpadu bersatu,
bersama tapi tidak sebulu
akhirnya ditendang,
kecundang cukup meradang.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru
15.02.2013/12:38 tengahari.

Tuesday, February 26, 2013

Sajak: Bila Hukum Allah Di Ketepi




Bila Hukum Allah Di ketepi

Bila hukum Allah diketepi
macam-macam berlaku
buruk tingkah laku,
bencana dan tragedi
semakin menjadi-jadi.

Antara yang sudah terjadi
ramai yang sudah menyaksi
antara anak, suami dan isteri
saling menderhakai
rumahtangga tiada harmoni
satu sama lain mementingkan diri sendiri
hilang rasa cinta dan kasih sayang
ini semua mesti dijauhi.

Dalam sebuah Negara atau negeri
pemerintah tidak kira halal dan haram semua diceburi
yang penting ekonomi menjulang tinggi
arak dan judi merata dan melata,
amanah tidak ditunai
kezaliman, tindas-menindas, korupsi dan banyak lagi
semakin menjadi-jadi, tidak dipeduli
rakyat menderita hilang kasih sayang,
janji tinggal janji
namun ditaburi di sana sini
tetap tidak ditepati
ini semua perlu direformasi.

Dalam kehidupan bermasyarakat
saling dengki mendengki, mementingkan perut sendiri
yang susah diketepi tanpa dibantui
yang kaya terus kaya, yang miskin terus papa kedana
saling bercakaran sesama sendiri
demi parti yang didokongi
tidak kira tempat dan waktu,
persekitaran jadi tidak islami
bila maksiat mungkar dibiari,
buang bayi menjadi-jadi
bila pergaulan bebas hingga terbabas.
tanpa ada usaha-usaha mahu mengubahi
agama dan budaya makin diketepi
akhlak bunga diri tidak menghiasi pribadi
akhirnya masyarakat rosak saling benci-membenci.

Banyak lagi jika mahu diungkapi
bila hukum Allah tidak menjadi rujukan dan panduan,
mari kita benterasi sedikit demi sedikit
agar nanti terserlah cahaya ilahi
di setiap tempat, tidak kira di mana
negara mahu pun negeri
yakin diri pada hukum ilahi
hidup pasti tenang dan harmoni.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru
8:37pagi/ 27.02.2013 Rabu.

Ole-Ole Dari Karnival Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf

Beberapa buah buku  untuk koleksi bacaanku dan bilik buku. Hari kelima, hari terakhir Karnival. Buku-buku untuk cenderahati Hari ...