Nota Ramadan: Berita Kematian
Hari ini, ada berita kematian lagi, jika minggu lepas ayah kepada kawan lamaku, hari ini jiran sekampung telah dijemput Ilahi. Berita kematian itu baru aku sedari bila aku mengecas bateri telefon bimbitku. Bila aku hidupkan kembali telefon bimbitku, tertera di wassap group surau, tentang berita tersebut. Untuk memastikan kesahihan berita itu, aku cuba menghantar mesej kepada kawan kampungku, ternyata berita itu benar. Seusai solat asar dan bersalin pakaian aku terus bergegas ke rumah jiran tersebut. Kelihtannya sudah ramai orang yang mengunjungi rumah jiran itu, namun begitu menurut orang yang berada ditepi jalan, jenazah belum lagi balik dari hospital. Kemungkinan selepas solat terawih baru dikebumi. Memandangkan, ia dikebumi sebelah malam, aku terus ke rumah emak, sebelah malamnya nanti boleh ziarah, fikirku. Malam ini, aku solat terawih seperti biasa di Surau Darul Aman. Malam ini agak ramai, kemungkinan dikalangan saudara mara jiran turut ada di surau, jenazah aka...