MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, December 17, 2015

Sajak: Baunya Hancing



Baunya Hancing

Kau kaki kencing
bikin mereka rungsing
semakin berdegar suara kau
membingit resah pening.

Di mana-mana ke mana-mana
ada saja suara protes
kau kaki kencing nombor wahid
semua kau kebas milik sendiri.

Lupa pada asal mula amanah
kau kencing tiga juta ahlimu
tapi mereka tetap angguk-angguk
tak peduli walau dikencing beribu kali.

Cuma satu suara berdegar saman kau
tapi kau pecat terpelanting tak bermakna
suara semua kau sekat
tampak seolah kau kuat melangit.

Kau kencing kau kaki pusing
sekejap itu Sekejap ini
apa semua pun tak boleh
baunya hancing seantero dunia.

Masshah
15092015
Meru.


No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca