Aura Seorang Penulis





Kelibatnya dari jauh seperti aku kenali dan macam pernah aku lihat diakhbar Sinar Harian.

Macam ia macam bukan. Ingin aku dekati terasa segan pula. Aku biarkan hasrratku. Tunggu bila nanti kalau dia balik.

Oh betullah, penulis novel, dengan nama penanya Aida Ariani. Isteri kepada sepupu isteriku Saudara Azman. Saudara sebelah arwah emak isteriku.

Sewaktu isteri sedang bersalaman dengannya, aku ambil kesempatan bertanyakan tentang novel terbarunya. Dia tersenyum dan memberitahu tentang buku travelog haji. Mungkin buku terbaharu  darinya. Nanti aku cuba dapatkanya.

Sebelum dia balik aku meminta isteriku untuk bergambar bersama-samanya. Kami bergambar beramai-ramai.

Sebagai pembaca buku, memang teruja bila dapat bertemu dengan penulis. Rasa termotivasi untuk menulis.

Begitulah aura seorang penulis...

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Sajak: Membaca Direalisasi

Sajak: Kasih Sayang Anugerah