MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Monday, August 14, 2017

Damailah Di Sana




Walaupun kini dia sudah tiada tetapi gemersik suaranya sering berkumandang di corong-corong radio dan juga di tv.

Alunan nasyid masih sering bergema di mana-mana. Lunak dan gemersik, mantap vokalnya.

Begitulah kematian seorang hamba, biarpun sudah tiada tetapi seolah masih hidup.

Tanggal 13hb 08 2017 dua hari lepas merupakan tarikh kepergian kekanda iparku Muhammad Asri Ibrahim dijemput Ilahi.

Seorang mujahid dakwah, penasyid yang dirindui pencinta lagu-lagu nasyid.

Seumur hidupnya diwarnai dengan perjuangan.

Menghiburkan insan dengan irama perjuangan, kasih sayang, keinsafan dan ketenangan.

Diingati dan dirindui bagi yang mengenalinya. Kematian yang menghidupkan...begitulah seorang hamba yang hidupnya penuh dengan warna keindahan.


Al-fatihah buat beliau, semoga damai abadi bersama kekasih dirindui.

Aamiin Ya Rabb!!!

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca