Teruskan Momentum Menulis


Sungguh aku sangat gembira tatkala melihat kau makin ghairah menulis.

Setiap hari aku lihat kau menulis dengan memanfaatkan perisian di telefon bimbitmu.

Aku lihat kau sudah tidak ada masalah untuk menulis di mana-mana.



Sungguh, sesungguh-sungguhnya aku amat gembira! Meskipun begitu, aku harap momentum dirimu terus menerus hangat untuk terus menulis.

Bagiku jangan dikesah sangat tentang khalayak. Pasti hatimu terdetik, apakah yang kau tulis orang baca atau tidak, usah dilayan perasaan-perasaan itu.

Kau teruslah menulis. Aku yakin jika kau terus menulis kau akan melupakan itu semua.

Orang baca atau tidak itu perkara kedua, yang penting kau mesti menulis.

Ya...menulis perkara utama. Selagi tiada gangguan untuk kau tidak menulis kau wajib terus menulis.

Kau kata kau mahu menerbitkan buku hasil dari tulisan-tulisanmu nanti.

Jadi usahlah kau berhenti menulis. Aku percaya dan yakin, seandainya kau konsisten dengan apa sahaja penulisan yang kau tukangi, aku pasti buku pertama kau pasti terbit lebih cepat.

Aku harap kau punyai matlamat untuk penulisan kau. Apa yang penting kau jangan bertangguh-tangguh lagi.

Buat sikit-sikit, lama-lama pasti membukit. Melihat medium blog  milik kau, aku sungguh seronok. Setiap hari kau kemaskini hingga beberapa kali, biar pun ringkas tulisan kau tetap ada pengisian.

Tulis sahaja apa yang terlintas dibenakmu. Usah disimpan-simpan lama nanti hilang semuanya.

Dengan kemudahan teknologi  segalanya mudah, segalanya di hujung jari.

Manfaatkanlah! Aku yakin dan percaya sesungguhnya, kalau kau berterusan begini, kau pasti dapat merealisasikan impian mu.

Percayalah, KAU BOLEH!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi