Teruja Melihat Mereka





Teruja melihat anak-anak dalam keributan dan kebingitan suasana dalam majlis perkawinan masih boleh mahu membaca.

Kelihatannya sangat khusyuk, walaupun suasana bingit dengan suara perbualan para teramu, suara deejay dan muzik yang berkumandang.

Anak-anak kcil ini masih setia dan fokus dengan pembacaanya. Biar pun yang dibaca itu sekadar buku komik dan majalah kegemarannya.

Sesuai dengan umur mereka. Bukan mudah jika kita orang dewasa untuk melakukannya.

Sungguh, aku melihat ini sebagai satu permulaan untuk anak-anak agar terus minat membaca walau di mana dan situasinya mereka berada.

"Melentur buluh biar dari rebungnya"

Apakah perlu Tuan Rumah menyediakan rak buku untuk sesiapa sahaja yang minat membaca buku.

Mungkin itu boleh difikir-fikirkan...ha...ha...ha...

Semoga anak-anak menjadi generasi iqra!

Mudah-mudahan ia berlaku, demi Malaysia maju menjelang 2020 yang tidak lama lagi.

Aamiin Ya Rabb!!!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi