Cuti-Cuti Malaysia


Dari Meru:

Bertolak bercuti ke Homestay Hj Dorani...mencari kelainan...singgah kedai endon...cari lauk untuk makan nanti.Nasi Umi dah masak di rumah tadi. Skrg nak bertolak...bismillah...


3:15 petang

Kami sampai di Inap Bondang, homestay yang terletak ditengah-tengag sawah, tapi padi sudah dituai hanya pemandangan kosong, kelihatan burung-burung putih berkaki panjang sedang berehat-rehat kelihatan dari jauh.

Aku ambil beberapa gambar di sekitar kawasan homestay. Menarik juga sesekali bercuti ditempat macam ni. Memang seronok. Cuaca sangat panas...anak-anak kelihatan gembira.





Oh ya, sampai sahaja, adik ipar sudah sampai. Dia bersama keluarganya lebih awal. Kami memang sudah berjanji untuk bercuti bersama. Tujuan utamanya untuk servey tempat family day yang akan diadakan pada bulan 12 nanti. Bagi aku sangat sesuilah untuk program itu nanti.

Aku ke bahagian belakang untuk meninjau. Tetdapat kolam ikan keli. 2 anak abg ipar sedang berkubang untuk menangkap ikan keli. Menggagau. Ambil beberapa gambar pemandangan sekitar.

Dalam Bilik:

Kami berehat masuk ke bilik homestay. Masa untuk mengisi perut. Sebelum sampai tadi singgah di stesen petronas untuk solat dan hanya makann sandwich dan makanan ringan.sekarang masa makan...jom!




Anas dan huzaifah begitu asyik dengan mainannya. Siap bawa dari rumah. Sudah macam di rumah pula dibuatnya. Menyepah saja...ha...ha...budak-budak katakan, Kelihatan mereka sangat suka dan gembira. Boleh main nyorok-nyorok lagi...alahai anakku...asal kau happy sudahlah.


Jam 4 petang, sambil baring-baring aku mencatat apa-apa di whatsapp. Bingit dengan anak-anak yang bermain-main...biarkan saja...



Jam 4.30 anak-anak tak sabar nak mandi kolam. Cuaca di luar meman panas. Umi pujuk suruh petang sikit baru mandi. Si huzaifah tak sabar-sabar suruh uminya keluar. Abi memang tak naklah panas-panas macam ni. Tunggu petang...menangislah...biarkan.





Bangun tidur sekejap, senyap sunyi dari karenah anak-anak. Hanya cerita boboiboy sedang beraksi ditv... Rupanya mereka sudah bermandi manda di kolam di hadapan homestay.

Bukan main suka anak-anak. Aku 'snap' gambar dari tingkap. Nak keluar malas...biarkan mereka dengan uminya. Dalam bilik mencatat sesuatu tentang percutian hari ini...ahhh bestnya sesekali rehatkan badan dan minda.




Seusai solat asar, aku keluar dari bilik, untuk melihat mereka yg sedang mandi manda, rasa teringin pula mahu berendam...hu3...




Selepas mengambil aksi-aksi anak bermandi-manda,. Aku naik dimenara tinjau, mengambil gambar pemandangan dari atas.

 Anak-anak dan uminya masih berendam di kolam mandi...angin damai nyaman di atas sini...ermmm...bestnya.






Aku nak mandi, tak boleh tahan tengok mereka mandi...ha3... Lama tak berkubang dalam air.

Seronoknya...umi tolong ambil gambar aku sedang beraksi..ha3...anak-anak lagi seronok..

Aku masuk bilik dulu,mandi dan rehatkan diri...anak2 lpas tu menyusul. Huzaifah dan muhammad anas kelaparan...nasib baik ada lagi nasi tadi. Kami santai2 di bilik...aku menulis aktiviti sebentar tadi.

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi