MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, August 13, 2017

Bagaikan Singa






Ah...sudah, dia datang lagi.Kalau datang sekadar nak sergah dan cari salah orang, tiada makna kehadirannya.

Telahan kami benar, bagaikan singa mencari mangsanya. Terjerit terlolong bagai ada kerasukan.

Ciri-ciri sebagai pemimpin sedikit pun tidak ada.

Bercakap mengherdik ikut sesuka hati tanpa menjaga perasaan orang lain.

Betulah kau tu ketua,  tapi kalau kau tak bijak mengawal emosi, bertindak melulu tanpa berfikir dahulu, siap pun tak akan hormat sama kau.

Kalau rasa pangkat kau tinggi lebih daripada kami...

Cukuplah! Berapa ramai kau sakiti hati mereka, berapa ramai kau tekan, kau ugut, kau perlekeh mereka.

Lagi teruk kau tak percaya dengan orang kau sendiri. Lucu dan menyampah juga melihat  dan mendengarnya.

Seorang ketua tak percaya  kepada orang dibawahnya.

Macam mana tu? Kalau sudah dasar ego dan rasa 'aku' saja betul.

Payahlah! Tapi kau rasa bangga dengan tindakanmu. kami lihat begitilah.

 Entahlah...kami pun naik bosan dengan sikap dan tingkah laku mu sebagai ketua.

Apa pun kami masih bersabar, dengan berkat kesabaranlah kami masih setia di sini.

Dan kami tidak melihat apa-apa pun perubahan pada sikap dan tingkah laku kau.

Hampir berbelas tahun...kasar dan ego...tiada perubahan...TIADA!

Kami tidak kesah jika ditegur andai kami salah, tegurlah.

Tapi bukan dengan cara mengugut, terjerit terlolong...bukan begitu...bukan!

Berhikmahlah, berkomunikasilah dengan tenang dan aman.

Tidak susah pun, itu pun andai kau mahu mengerti dan faham.

Fahamkah kau?

Kami serahkan saja pada yang punya kuasa. Dia Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Manusia memang tiada sempurna...

No comments:

Post a Comment

Sajak:Amarah Si Baju Merah

Amarah Si Baju Merah Berbaju merah kemerahan langkahnya laju segak lagaknya mempamer keperwiraan sayangnya...kesiannya ce...