MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, August 29, 2017

Sukan Untuk Perpaduan




Secara pribadi , aku melihat Temasya Sukan Sea kali ini memperlihatkan mood rakyat memberi sokongan yang sangat baik.

Malah para pemimpin dari parti politik yang berbeza turut meraikan temasya sukan sea kali ini.

Bagi aku, itulah yang sebaik-baiknya. Benarlah sukan dapat menyatukan dan menguatkan perpaduan rakyat, ini sangat bagus sekali.

Perbezaan politik sewajarnya diketepikan, sukan untuk semua. Buangkan titik bengik yang boleh merosakkan keharmonian antara satu sama lain.

Prestasi para atlit juga sangat hebat, mereka bekerja keras membuktikan kecemerlangan untuk negara tercinta.

Kemenangan pingat emas satu persatu telah membuktikannya.

Justeru itu, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para atlit negara dan atlit luar perlu diambil iktibar buat semua rakyat.

Melalui sukan perpaduan antara kaum akan lebih kuat dan teguh. Sehati sejiwa selamanya, hendaknya.

Merdeka!!!

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca