Tengok Dan Terapi Buku

 No automatic alt text available. No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Selesai hantar isteri ke Hotel Blue Wave di Bandara raya Shah Alam, untuk mengikuti kursus dua hari berkaitan kecantikan, aku tidak terus balik,  singgah sekejap di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Konon nak tengok-tengok buku di kedai baru milik BOOK2U@Karangkraf, tapi cari punya cari tak dijumpai, dua kali aku pusing. Menurut kakak yang jaga kaunter masa kedai di Tesco Setia Alam beritahu kedai baru berdekatan dengan KFC di Kompleks PKNS, tapi tiada pula.

Mungkin belum siap lagi…tak mengapalah, bisik hatiku. Apa kata aku pergi ke Kompleks di sebelah PKNS, ke MPH, baru aku terfikir di situ ada kedai buku. Aku terus keluar dari PKNS terus ke situ, hanya di seberang jalan antara Kompleks PKNS.

Kedai MPH berada ditingkat satu, sebelum naik ketingkat satu aku meninjau-ninjau mencari kedai buku tersebut, dari bawah sudah kelihatan, aku tidak lagi sabra untuk naik ke atas.

Biasalah kalau sudah minat dengan buku-buku ni, rasa tidak sbar untuk melihat-lihat, sentuh-sentuh, pegang-pegang…rasa ghairah melihat buku-buku ni. Aku terus menaiki lif untuk ke tingkat satu.

Sampai dan terus masuk…ermmm seronoknya, aku terus meluru dari satu rak ke satu rak untuk melihat-lihat buku.

Oh sebelum itu, bila sampai sahaja, aku terus tengok papan info berkaitan buku-buku yang ‘best seller’ jualannya, yang ramai orang membelinya. Info itu terletak disebelah kaunter bayaran. Aku lihat satu persatu. Ada buku bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang ‘best seller’.

Dari satu rak ke satu rak mataku menerewang lihat buku, sesekali aku ambil dan lihat satu buku dan menyelak-nyelak apa isi kandungannya. Macam ini pun dah boleh di buat buku, fikir ku, macam ni aku pun boleh buat.

Kumpul tulian-tulisanku yang lama, buat manuskrip, buatkan buku,boleh pula aku terfikir macam tu. Tengok trend sekarang, banyak penulis lahirkan buku dari hasil tulisan melalui blog, muka buku, instrgram, bahkan tulisan dari whatsupp pun boleh dibukukukan…senang kan?

Satu masa, aku pun nak lahirkan sebuah buku untuk permulaaan…InsyAllah, itu satu impian sebelum aku memajakan mata. Aamiin Ya Rabb!.

Dari sebuah buku ke sebuah buku dari genre bukan fiksyen ke fiksyen, buku indie, ala-ala indie dari pelbagai rumah penerbitan sudah ada di Kedai MPH ini. Syok memang syok tengok buku-buku tersebut. Aku ambil dua buah buku untuk ole-ole dari kedai ini.

Sebuah ada potongan 20% dan sebuah potongan 10% melalui kad ahli, oklah tu. Niat hanya mahu tengok-tengok dan terapi…tapi biasalah janji seorang peminat buku, ia tak pernah ditunaikan. Mesti sebuah buku pasti terbeli itu kalau tak berniat mahu beli, kalau ada niat mungkin lebih dari itu.

Masa pun macam cemburu dengan aku, aku segera bergegas ke kaunter pembayaran. Mahu segera pulang katanya. Anak-anak mesti tunggu aku, sebelum balik aku singgah sekejap urut mesin, masuk dua ringgit, dapatlah terapi urut empat minit, jadilah. 

Semua perkara sekarang kena duit, mana ada free. Apa pun syukur masih dapat menghirup kehidupan sementara ini.Semua pinjaman dari-NYA.


Selesai, aku terus balik.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi