MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, August 5, 2017

Mulakanlah Menulis



Mengapa kau tidak terus menulis? Menulislah, tulislah apa-apa sahaja yang terlintas difikiranmu itu. Bukankah kau bercita-cita ingin menuliskan perjalanan penulisanmu selama ini? Sampai bila kau mahu menangguh-nanguhkan kerja-kerja penulisanmu itu? Bukankah kerja-kerja menulis ini satu kerja  keabadian?.

Kau pun tahu bila menulis yang baik-baik yang ada manfaatnya pasti ada imbalan terbaik dari yang Maha Pemberi. Dia tahu apa yang kau tulis, bila niat mu baik pasti bantuan akan kau terima. Teruslah menulis, masa untuk mu amat singkat sekali.

Umurmu pun semakin senja, bukan makin muda belia, bila-bila, di mana-mana, Dia pasti menjemputmu. Selagi ada masa dan kesempatan yang ada manfaatkan ruang-ruang kosongmu itu dengan kerja-kerja penulisan yang tertangguh itu…ya…mulakanlah…apa lagi yang kau mahu tunggu.

Membaca, kau sudah banyak sekian buku-buku yang kau baca, berpuluh buah malah ratus buku kau sudah pulun kau hadam. Takkan tiada satu pun idea, ilham yang kau perolehi dari sekian banyak pembacaanmu itu?.

Apakah pembacaanmu itu kosong belaka. Kau baca tidak dari hati?Kau lupa pada pesan Sang Penyair tersohor kepada para penulis? Membaca, membaca, dan membaca…hasilnya mesti menulis. Semua orang tahu dan para penulis semestinya tahu akan pesan pentingnya itu.

Buku-buku panduan penulisan dari para penulis yang kau kagumi telah banyak  kau baca. Nanti aku senaraikan buku-buku tersebut nanti kau akan malu, pastinya kau sudah punyai serba sedikit pengetahuan tatacara bagaimana mahu menulis bukan?

Kalau tidak mengapa kau beli buku-buku tersebut!. Tulis dan menulislah. Tidak semestnya kau duduk di meja tulis di bilik berhawa dingin, tidak semestinya, di mana kesempatan yang kau boleh tulis kau tulislah…bukankah kemudahan segala gajet yang ada boleh dimanfaatkan?

Cuba kau lihat telefon bimbit yang kau ada. Bukankah ada kemudahan yang boleh kau guna untuk menulis sesuatu. Kau lupa apa yang kau baca dan dengar bagaimana seorang penulis menghasilkan hasil karyanya hanya menggunakan iphone yang digunakan seharian.

Menulis sedikit demi sedikit hasilnya lahir sebuah buku, menarik bukan. Kau pun tahu caranya bagaimana mahu merealitikan itu semua. Nanti jika kau mahu aku perturunkan semula apa yang kau telah tahu di sini sebagai ingtanmu. Maklum manusia mudah lupa.

Sebenarnya tiada alasan untuk tidak menulis. Ramai yang beralasan begitu, sepertilah kau sendiri. Tiada masa, sibuk, banyak kerja mahu buat…nah! Kalau begitulah sampai ke tua impian kau tak akan terlaksana, kau pun tahu, impian itu satu doa, ya doa, tetapi jika kau tak tanamkan sungguh-sungguh mana nak capai dan gapai itu semua!.

Cuma angan-angan, angan-angan pun jika kau bayang-bayangkan seringkali sepanjang masa dan tindakanya ada itu pun boleh merealitikan impian mu, jika kau benar-benar menginginkannya.

Jadi, usahlah bertangguh, segala idea atau ilham yang kau dapat terus kau rakam atau kau tulis cepat-cepat di buku nota atau di telefon bimbitmu itu. Kelak nanti jika kau tidak tuliskannya ia akan hilang bgitu sahaja.


Mulakanlah hari ini, saat ini, detik ini…pasti hasilnya nanti kau akan perolehi. 

Percayalah!

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca