MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Friday, August 18, 2017

Enam Puluh Tahun Raikanlah



Bulan kemerdekaan datang lagi
Bulan  ceria penuh warna warni
Berkibar megah bendera sana sini
Tanda kebangaan negara harmoni.

Buangkan pemikiran sesat penjajah
Kita bangunkan jiwa jangan mengalah
Bangsa Malaysia bangsa bermaruah
Pantang dicabar bangkit takkan kalah.

Erat teguh perpaduan permuafakatan
Sesama kita  jauhkan persengketaan
Suburkan persaudaraan sesama insan
Kekal kemerdekaan negara harmoni aman.

Setiap bangsa taat setia pada negara
Usah diungkit kisah duka lara derita
Bersama bangkit membina negara kita
Nescaya aman harmoni kita bahagia.

Usah berduka senyum bergembiralah
Enam puluh tahun merdeka raikanlah
Negara kita negara malaysia sayangilah
Keamanan ketenangan dama syukurilah.

Masshah
16082017
Meru.

No comments:

Post a Comment

PKPB2 APA LAGI

  PKPB2 APA LAGI Negeriku, Selangor PkPB lagi, covid-19 belum lagi hilang.Semakin hari semakin meningkat angka. Gerun melihat angka-angka ya...