Kerja Oh Kerja






Malam ini apa yang aku mahu tulis, tak ada idea, tapi cuba jugalah apa-apa cerita yang aku boleh kongsikan.

Baru sebentar tadi , seorang pekerja warga negara napel mendekati aku dan menegur aku.

Sedikit meluahkan rasa hatinya berkaitan dengan kerja.

Maklum sahaja pihak syarikat sedang mengurangkan pekerja asing.

Mereka akan dihadkan sedikit demi sedikit. Tenaga kerja dikurangkan kerja tetap bertambah.

Kerja-kerja banyak dilakukan dengan tenaga yang dikurangkan. Sebab itu ramai yang mengeluh.

Macam seorang pekerja napel tadi beritahu aku.  Sana kerja sini kerja...masalahlah  bos...aku hanya senyum sahaja.

Aku pun kuli, mahu tak mahu terus bekerja. Mahu ke mana lagi Usiaku pun sudah semakin jauh.

Diturutkan hati yang jengkel memanglah tidak puas hati tapi apa boleh buat.

Hadapilah sahaja apa yang pihak syarikat mahu buat. Sejak peralihan pengurusan nampaklah juga perubahan jika dahulu apa yang di mahu tiada kini pun sudah ada.

Nanti cakap lebih-lebih dikatanya tidak bersyukur pula.

Cukuplah pujukan sabar, tenang dan tabah untuk diri sendiri. Hampir dua puluh tahun boleh sabar takkan diuji kesusahan sedikit terus mahu berhenti.

Mungkin ada hikmahnya lah tu pihak syarikat membuat perubahan tersebut.

Jadi untuk aku dan pekerja warga asing tadi...kerja tetap kerja.

Niat aku kerja sebagai ibadah, jadi kenalah sabar dan tabah!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi