Demi Impian...Enam Puluh Tahun




Enam puluh tahun negara merdeka
Malaysia tanah air merdeka tercinta
Kekalkan terus merdeka bahagia
Perpaduan diikat erat tetap setia.

Kemajuan dinikmat dikecapi sesama
Usah dilupa mereka pejuang bangsa
Berkorban terkorban demi negara
Nikmat dirasa syukuri usah alpa.

Dari utara hingga ke selatan  ada
Sejarah terukir penuh suka dan duka
Pejuang kemerdekaan di mana-mana
Usah dipinggir dilupa dibiar sahaja.

Merdeka malaya  kerana ada mereka
Bersusah payah penat lelah untuk kita
Harumkan bangsa agama negara ia
Sanjung hargai pejuang disinggah sana.

Aduhai bangsaku cukuplah bersengketa
Hulurkan berjabatlah tangan tanda sekata
Buangkanlah hasad dengki kotor celaka
Kita melangkah gagah demi impian semua.

Masshah
16082017
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi