Begitulah Hidup Ini



Image result for gambar orang yang sedang merenung

Syukur Alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT. Diberi penglihatan yang terang, masih boleh membaca dengan lancar, masih boleh mengunyah makanan, masih merasai manisnya gula dan pahitnya hempedu.

Hidup ini, walau sukar bagaimana pun kena di teruskan. Jangan putus asa dan berkeluh kesah. Serahkan segala-galanya kepada yang Maha Baik.

Semua yang berlaku kerana kehendak dari-Nya. Perjalanan hidup ini, adakalanya lancar, laju, licin, indah, harmoni dan segalanya mudah kerana semua yang berlaku dengan izin-Nya.

Ada masanya perit, sukar, gundah, resah dan pelbagai lagi perasaan yang bertunjang dalam diri. Tapi pada akhirnya, kena syukur kerana Dia masih sayangkan hambanya.

Begitulah kehidupan yang dilalui…usia semakin meninggi, petanda ia semakin dekat. Itulah tandanya disuruhya bersiap sedia mencari bekalan sebanyak-banyaknya.Untuk apa?

Untuk dibawa ke alam sana. Alam yang menentukan untung baik atau rugi, untuk mendiami sama ada surga atau neraka.

Bersediakah aku?

“Ya Rabb…bimbing dan pimpinlah aku berserta taufik dan hidayahmu, moga hidupku terus dalam rahmat dan redah-Mu…Ampunilah dosa-dosaku…”


Aamiin Ya Rabb!!!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi