Segalanya Ketentuan-Nya…Takziah!

Related image

Baru beberapa minit tadi aku menerima kiriman berita dari adik iparku melalui ‘wassap’ Group Famili Bani Ibrahim, memberitahu keadaan bondanya yang kritikal dalam perjalanan 
untuk dibawa ke Hospital Port Dickson.

“Assalamualaikum…Saya mohon doa dari semua warga Bani Ibrahim semoga mendoakan kesembuhan dan kesihatan buat Mak Adha yang semakin uzur sekarang ni… sudah dua hari tidak sedarkan diri…baru sahaja dibawa ke Hospital Port Dickson…”

“Assalamualaikum kepada semua. Saya Muhammad Adha Boyong mohon doa dari semua untuk kesembuhan bonda saya yang sedang kritikal di Hospital Port Dickkson. Ribuan Terima kasih.”

Adik iparku meminta semua ahli keluarga mendoakan kesejahteraan dan keafiatan untuk bondanya. Bondanya sejak beberapa minggu lalu memang tidak beberapa sihat, begitulah kita insan, ada waktunya diberi ujian kesihatan.

Kami keluaraga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk bonda adik ipar, moga Allah menyembuhkan sakitnya. Begitulah harapan setiap dan semua insan di dunia ini.

Namun begitu…

Segala-galanya sudah takdir dan ketentuan Ilahi…

Beberapa minit kemudian…menerima mesej melalui ‘wassap’ Group Famili Bani Ibrahim…

“Innalillahi Wainna Ilahi Roji’un…Bonda saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi…mohon doa semua semoga roh Bonda kesayangan saya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang solaeh…Aamiin…(Muhammad Adha Bin Boyong) Hospital Port Dickson, 10.15 malam,22h/10/2017.

Begitulah kehidupan insan, segala-galanya berakhir dengan kematian. Kematian yang pasti dan mesti. Siapa pun tidak akan dapat menghindari.

Begitulah akhirnya sebuah episod kehidupan buat insan di dunia. Aku secara pribadi telah menghantar mesej kepada Adik iparku, memberi ucapan takziah buat adik ipar dan seluruh ahli keluarga sebelah pihaknya agar bersabar dengan ujian kehilangan bonda yang disayangi.

‘Setiap yang bernyawa pasti merasai mati’


Mati itu pasti dan mesti!

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi