Tangisan Demi Konsert

Image result for gambar konsert sudirman

Aku masih ingat, sewaktu darjah satu. Pihak sekolah telah menganjurkan satu konsert amal kalau tak silap aku.

Sempena apa aku sudah lupa. Persembahan diadakan di Padang Sekolah. Artis terkenal Sudirman Hj Arshad dan rakan artisnya yang lain bakal membuat persembahan dalam konsert itu. 

Bila sampai tarikh konsert itu diadakan, waktu itu aku tidak dapat menyaksikan persembahan tersebut sebab tiada siapa yang mahu membawa aku ke sana. 

Persembahan di adakan diwaktu malam. Hati ku meronta ingin melihat persembahan tersebut, aku menangis kerana betul-betul mahu tengok persembahan itu.

Tangisan ku semakin menjadi-jadi bila terdengar persembahan konsert melalui corong pembesar suara. Walaupun jaraknya jauh tetapi terdengar gema itu. 

Biasalah waktu malam...emak memujuk bapa supaya membawa aku menyaksikan persembahan tersebut. 

Melihat tangisanku tiada henti, akhirnya degan kelembutan hati bapaku. Bapa membawaku ke sana. 

Biarpun hujan gerimis masa itu bapa redah demi anaknya yang benar-benar ingin menonton persembahan tersebut. 

Bapa membawa aku dengan basikalnya...tangisanku tiada lagi.  Sampai sahaja,  persembahan sedang berjalan. 

Aku tak ingat artis siapa yang sedang beraksi. Bapa membawa aku berpusing-pusing disekitar padang.

Pelbagai ragam penonton waktu itu. Masing-masing terasa puas dan terhibur. Begitu juga dengan aku. Rasa lega dan seronok bila dapat sama menyaksikan konsert tersebut. 

Memori ini tetap segar diingatanku. Jasa bapa sangat besar buat diriku.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi