Kelas Satu Merah






Aku  masuk kelas satu merah.Aku ingat lagi hari pertama hari persekolahanku. Waktu itu tahun 1981.Pagi-pagi lagi emak sudah mengejutkan aku, untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah untuk hari pertamaku.

Bapa yang menghantar aku. Bapa menunggu aku sampai aku tidak meragam, biasalah budak-budak waktu itu.Menangis, biasalah, jiwa kanak-kanak lagi.

Meriah sungguh hari pertama sekolah, ibu bapa masing-masing menghantar anak-anaknya. Ada yang naik basikal, motor dan kereta. Aku dan bapa berbasikal waktu itu. Bagaikan pesta waktu itu. 

Ada yang menangis, ada yang tak mahu masuk kelas dan macam-macam ragam, begitulah aku tidak terkecuali…ha…ha…ha..

Bapa yang membelikan aku makanan sewaktu rehat. Sampai beberapa hari jugalah bapa terpaksa balik lambat kerana aku belum dapat menyesuaikan diri. 

Lama-lama, akhirnya aku sudah boleh menerima keadaan itu. Satu persatu kawan-kawan aku kenali. Kawan-kawan yang aku masih ingati waktu itu, Suardi, Herman, Irwan, Rizal Fakir, Norazim dan lain-lain. 

Akhirnya, dari sehari ke sehari aku sudah terima hakikat, aku kena pergi sekolah jika aku ingin pandai.

Itulah nostalgia ringkas yang masih aku ingati.

Comments

Popular posts from this blog

Syair Hari Raya

Syair: Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi