Sajak: Tiada Perubahan




Tiada Perubahan

Jijik melihat permainan
pembodohan berterusan
selamanya berterusan
entah bila mahu selesai
mungkinkah hingga akhir zaman.

Dulu pun begitu
kini pun begini
tiada kesudahan
tiada penyelesaian
saling tuding jari

Berkokok merata-rata
mengata sini sana
kerosakan makin ketara
dua-dua tetap sama
biar pun macam tak serupa

Yang senang mereka
rakyat terus kesusahan
yang kaya mereka berdua
rakyat tetap tiada perubahan

Masshah
24052015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi