Berkarya Di Portal eSastera.com




Pengembaraan penulisan tentang perjalanan penulisanku, aku teruskan lagi, agar nanti, catatan penulisan ini dapat dibaca oleh anak-anakku, mana tahu tulisan ini boleh dibukukan pada saat dan ketikannya. Ini jugalah harapanku, mudah-mudahan ianya termakbul, Amin Ya Rabb...!. Kursus penulisan blog dan twiter, telah mengenalkan aku tentang Portal eSastera.com. Portal eSastera.com, yang didirikan oleh Dr.Irwan Abu Bakar ini, membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang penulisan.

Pelbagai seksyen dibuka, untuk sesiapa sahaja berminat untuk menulis di Portal ini, sama ada dalam penulisan keratif atau penulisan bukan keratif. Mereka yang berminat dalam genre sastera, seksyen itu dibuka seluas-luasnya untuk mereka menulis apa sahaja penulisan keratif dalam cerpen, novel, puisi tradisional, sajak, pantun, dan pelbagai lagi. Untuk penulisan bukan keratif juga disediakan seksyen, macam-macam boleh tulis di situ, travelog, panduan hidup, sukan, reakrasi, berita dan pelabagai lagi.

Bak kata, semua seksyen diwujudkan, untuk mereka yang berminat menulis di Portal tersebut. Alhamdulillah, pada tahun 2010, aku telah didaftarkan ke Portal tersebut oleh Dr.Irwan, sewaktu mengikuti PROKSI 2010 tersebut. Mulai saat itu aku berkarya dalam genre penulisan keratif, dalam penulisan puisi atau sajak moden. Dari sehari ke sehari aku cuba menulis seberapa boleh puisi untuk aku terbitkan di Portal tersebut. Mulai saat itu jugalah aku, cuba mencari-cari idea untuk menulis pelbagai puisi, ada puisi protes, ada puisi ingatan, ada puisi keagamaan, dan pelbagai lagi.

Aku cuba belajar bagaimana sesebuah sajak itu dibina, dengan membaca karya-karya sahabat-sahabat di Portal tersebut. Apa yang menariknya, karya yang kita diterbitkan di situ, akan dikomen oleh pembaca-pembaca lain yang juga penulis di portal tersebut. Komen-komen yang diberikan oleh mereka, menyuntik rasa semangat untuk terus berkarya, teguran dari mereka yang berpengalaman juga amat dihargai sekali. Penyair seperti Tuan Puzi Hadi, Dr.Irwan, Ibnu Din, Mokhtarrahman dan yang lain-lain juga turut menulis di Portal tersebut, mereka juga memberi komen tulisan-tulisan penulis lain.

Sekurang-kurangnya sebulan sebuah puisi boleh diterbitkan, malah lebih daripada itu tidak dihalang sama sekali, terdapat penulis yang begitu produktif menulis di portal tersebut di dalam seksyen sajak. Mereka ada yang menulis sehari sebuah puisi, memang hebat, sentiasa ada idea penulisan berlegar di minda mereka. Begitulah kehebatan dan kelebihan masing-masing dalam dunia penulisan mereka. Bagi mereka yang produktif berkarya di portal tersebut, pihak esastera telah mewujudkan anugerah HESCOM, bagi memberi penghargaan para penulis yang setia berkarya di portal tersebut.

Namun bukanlah anugerah yang direbut untuk menulis di situ, ia merupakan satu anugerah bagi memberi suntikan semangat agar para penulis  terus berkarya di situ. Setakat hari ini, aku masih lagi berkarya lagi, mudah-mudahan ia akan berterusan, terutamanya dalam genre sastera, penulisan puisi atau sajak. Apa yang menariknya lagi, setiap bulan karya-karya penulis yang disiarkan akan didokumentasikan dan seterusnya diulas oleh penyair Puzi Hadi. Beliau akan memilih sebuah puisi terbaik untuk bulan tersebut, serta beberapa buah puisi yang menarik.

Syukur, ada beberapa buah puisiku yang terpilih antara yang menarik setiap bulan, ini menambah semangat aku untuk terus berkarya dalam penulisan puisi. Aku harap, aku akan terus berkarya di Portal ini. Bertambah semangat lagi bila seorang sahabat penulis di portal tersebut bertanyakan tentang pembukuan puisi-puisi yang sudah ditulis. Rasa teruja dan semangat sekali bila mendengar penerangannya tentang membuat buku. Bukukan hasil karya yang ditulis, wah memang menarik itu, tentunya memerlukan modal untuk merealisasikannya. Aku katakan padanya, aku akan cuba memilih dahulu puisi-puisiku yang agak menarik dan boleh dipilih untuk dibukukan.

Aku harap dengan diriku sendiri agar impian ini dapat aku buktikan dan aku realisasikan, sekurang-kurangnya, usaha penulisanku dalam karya-karya puisiku ada bukti yang aku boleh tunjukkan kepada orang yang tersayang, isteriku dan anak-anakku juga para sahabat di luar sana. Apa yang penting kerja-kerja penulisan ini terus aku tukangi tanpa ada rasa jemu, culas dan malas. Hanya dengan keazaman dan kekuatan diri, baharulah aku dapat membuktikan kepada diriku sendiri. Boleh pasti boleh!.


Begitulah perjalanan penulisanku melalui portal eSastera.com, aku akan terus telusuri perjalanan penulisanku, andai itu yang terbaik buat diriku ini...pandulah diriku Ya Rabb...!.

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi