MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Sunday, February 8, 2015

Sajak: Bah...Kembali Pada DIA



Bah...Kembali Pada DIA

Bah segala berubah
harta musnah
hidup dihimpit resah
hanya Allah tautan berserah
doa harapan pasrah.

Kembali merenung diri
saat suka leka lali
mungkin Tuhan diketepi
saat bahagia harta digengami
insan sering lupa pada Ilahi.

Kini, semuanya telah berlaku
musnah punah ranah berlalu
harta tidak lagi digengami
ramai hulur simpati
sedih meratapi apa terjadi.

Tuhan masih sayang insan
kembalilah pada Dia Maha Mengasihi
dakap erat kasih sayang usah dilepasi
segala janji ditunai usah lali lalai lagi
apa sudah terjadi buat iktibar sedar diri.

Masshah 2015
17012015

Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca