Sajak: Jelajah Lucah


Jelajah Lucah

Sudah diputuskan kesalahan
malah diperosokkan ke jeriji besi
musnahkan integriti maruah diri
diaibkan seantero benua
dimalukan seluruh famili
belum cukup sakit hati puas hati.

Kini, mahu lagi kepelusuk negeri
agenda terus mematikan personaliti
siasah keji si balaci sakit dengki
sungguh memalukan bangsa
agama diketepi budi bukan nilaian
cuma wang idaman sejati
demi pertahan kuasawan mabuk kuasa.

Misteri terbongkar dari si balaci
atas perintah jelajah lucah benci
si mangsa terperosok atas arahan
kini sudah diketahui semua maklumi
nah, mahu apa lagi...
kuasa Tuhan usah cuba diingkari
kelak rugi sekali di negeri abadi.

Masshah
18022015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi