MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, December 25, 2012

Sajak: Samseng-Samseng Bermaharajalela




Samseng-Samseng Bermaharajalela

Bukan lagi tersirat
tapi sudah tersurat
polis tidak menyiasat
tapi melihat-lihat


Aksi-aksi samseng keparat
buat jahat
rakyat naik meluat
aksi samseng tak ingat akhirat.


Samseng-samseng
terus bermaharajalela
sebab tahu takkan didakwa
bersorak-sorak
bagai orang gila
bagai kera.


Samseng-samseng
terus mengila-gila
baling batu
baling pasu
terkinja-kinja
bagai beruk gila.


Samseng-samseng
terus mengganas
buas macam pengganas
bikin panas.


Pihak berkuasa
bagai tiada kuasa
penguasa
diam seribu bahasa
para mufti kehilangan nas’
tak kata apa.


Samseng-samseng
bagai diiktiraf
seolah-olah penyelamat
buat parti yang tak selamat
dunia dan akhirat.


Masshah 2012
12:00 tengah malam
19/12/2012
Bilik Buku
Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca