BILA MELAYU TERBELA?




Wahai bangsa Melayu bangsaku
Kekuatan Melayu bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan
Begitu lama perjuangan atas nama Melayu
sejak merdeka
semakin LAYU

Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Melayu lebih dari perlu
hingga bangsa lain iri hati

Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga
di satu segi sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdik dan ada degree

Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yang miskin diserah pada kerajaan
untuk membela
Berdiam diri, tidak peduli

Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi

Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi
Hakikat ini terpaksa kita akui

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali
dunia memang mengakui dan irihati
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan sangat menakutkan

MELAYU-lah yg paling ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah-sekolah
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Melayu number one

Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya
Inilah hasil perjuangan Melayu dengan semangat kebangsaannya, bukan!?

Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Melayu ada Allah, ada Islam
di sinilah kekuatan orang Melayu

Seperti orang Arab di zaman Rasul
yang menjadi empayar dunia
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela

Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Turki terbela

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?

Orang Melayu kan ada Tuhan, kan ada Islam
mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?

Abuya Ashaari Muhammad At-Tamimi 2/10/2004

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi