Macam Tak Pernah Berzikir

Google Image




Macam Tak Pernah Berzikir

Dunia sudah hampir kiamat
Sungguh ramai pemimpin khianat
Tidak peduli haram semua rembat
Janji untung diri sendiri selamat.

Pemimpin suka bebankan rakyat
Banyak terlalu kos hidup meningkat
Rakyat banyak cakap nanti disekat
Syukur sedikit dapat janji berkat.

Ramai pemimpin cakap tak berfikir
Ingat mereka rakyat tak memikir
cakap bohong macam tak pernah berzikir
Itu petanda kiamat semakin hampir.

Berjanji sering selalunya mungkir
Menanti janji rakyat yang fakir
Salahkan menteri bukannya takdir
Amanah dilupai pasti tersingkir.

Dari utara sampai ke selatan
Sudah banyak pemimpin janjikan
Sana-sini mereka war-warkan
Nanti undi jangan  menangkan.

Cukuplah sudah mempermainkan
Rakyat sudah serik memualkan
Pemimpin lupa diri kita  benamkan
Itu sahaja cara mahu menyedarkan.

Masshah
3012016
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi