Musim-musim orang nak berpadu, bersatu dan perpaduan ni eloklah bersyair berkaitan dengan perpaduan. Mari kita bersyair… Syair Pilihan: PERPADUAN Negara kita pelbagai bangsa Berbeza pandangan perkara biasa Jangan dibiar menjadi bisa Hidup terancam sepanjang masa. Berbeza budaya bukan halangan Jurang kecil dibesar jangan Kurangkan iri anjur rundingan Harmoni nusa kian berpanjangan. Kepada orang hendaklah hormat Hendak menegur hendaklah cermat Bersatu padu itu matlamat Jangan dinyala dendam kesumat. Semua tak boleh mementingkan diri Berjuang untuk kaum sendiri Sejarah lama harus susuri Insaf hakikat sedarlah diri. Serulah semua agar bersatu Membina Negara biar bermutu Besar hasilnya sudahlah tentu Wawasan Negara tercapai jitu. Semangat mulia bertolak ansur Tidak menyombong jadikan unsur Taraf tak hilang jika menyusur Bagai gabungan pana dan busur. Hendaklah ikhlas bersatu hati Bukan mengharap p...
Syair Hari Raya Berpakaian sungguh menarik Wajah tersenyum indah disolek Duduk bersimpuh ramai tertarik Adat dan sopan usah dicarik. Berhari raya pulang ke desa Melepas rindu kedua ibu bapa Usah dilupa adat dan budaya Maaf bermaafan sesama kita. Dihari raya buangkan gelisah Banyakkan berdoa kepada Allah Jangan tidak ziarah menziarah Kelak tersekasa di alam barzah. Hari raya bukan bulan berpesta Namun banyak makna juga cerita Bersedekahlah mereka berharta Hidupkan tenang tanpa derita. Masshah 2018 Meru.
Keluar negara mengembara Cari pengalaman buat diri Hidup jangan berputus asa Kelak tanggung rugi sendiri. Belajar tinggi di luar negara Bawa balik berjela ijazah Usah dilupa jasa negara Jauhi diri minda penjajah. Mendaki gunung di negeri sabah Bersama rakan penuh harapan Usaha gigih penuh tabah Masa hadapan jadi tatapan. Meredah hutan mencari bakau Buat penguat tapak rumah Hindarkan dari santau menyantau Kelak menyesal hilang maruah. Membeli ikan dari peraih Buat santapan makan malam Usaha tekun penuh gigih Hidupkan bahagia takkan kelam. Menjala ikan di tengah lautan Ikan jenahak dibawa pulang Usah lupa doa pada Tuhan Hidup tenang bahagia sekarang. Memetik bunga di taman sari Untuk hiasan di atas meja Dengar motivasi semangat diri Kuat usaha pasti berjaya. Masshah 2014 21122014 Meru.
kullu nafsin dza iqatul maut
ReplyDelete