Penulis Sajak Hanya Mengungkapkan Suara Pribadinya?

Google Image



Aku sangat tertarik dengan satu status yang diutarakan sahabat Muka Buku, Saudara Qalam Bertinta. Ia mencetuskan polemik yang sangat bagus sekali. Di sini, aku 'Copy Paste' semula perbincangan tersebut seperti yang terkandung di Muka Buku beliau...Nah, sahabat pencinta sastera mungkin ada pandangan tersendiri...

21 jam · 
Kebanyakan sajak yang ada sekarang lebih mengungkap suara peribadi penulisnya sendiri dan memantulkan mood pada zaman di mana dia berada. Penulis sepertinya tidak lagi berminat mendedahkan segala kepincangan serta kejelekan hidup dalam masyarakat yang mana ia lebih merupakan wakil sesuatu kelompok manusia.

Ada yang berminat untuk membuat kupasan? Silakan...

Top of Form

Anda, Yassinsalleh BTRima ReShariffah Khadijah dan 33 yang lain menyukainya.
Komen
MD Rashid
MD Rashid Assalam dan salam pagi kanda Qalam Bertinta
Terpanggil untuk membicarakan soal tiada penulisan tentang masyarakat, sebenarnya pada apa yg terlihat bukan penulis terutama penulis kecilan seperti saya ingin menyentuh soal kemasyarakatan namun saya lihat segi penerimaan pembaca dan masyarakat sekeliling dan semasa, bila kita berbicara soal masyarakat akan timbul isu kanan dan kiri , soal miring, soal condong pembangkang dan juga tiada yang nak baca.kebanyakan lebih minat yang jiwang karat sebagai contoh tulisan saya bila saya menulis status kemasyarakatan dan semasa bukan untuk mendapat komen malah menyukai pun susah..tapi kalau jiwang penuh komen dan menyukai ..maaf bukan nak puji tulisan sendiri...sebenarnya keadaan dan minat situasi yang merubah segalanya serta pemikiran yang dibiarkan mentadbir jendela rasa menjadikan kita alpa dan leka pada situasi yang berlaku....
Malah kalau ditulis seolah dianggap membuat rekaan dan syokcsendiri
Suka · Balasan · 2 · 16 hrs
Rohainah Hj Mat Noor
Rohainah Hj Mat Noor Sependapat spt ini..
Suka · Balasan · 11 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Terima kasih nak nakang MD Rashid. Isu yang cuba dibangkitkan oleh MD Rashid adalah isu biasa dan kerap kita dengar dari penulis yang mana karyanya lebih kepada penceritaan tentang unsur cinta sesama manusia. Syok sendiri? Memang benar, dalam menulis perasaan syok sendiri ini harus ada tetapi jangan sampai perasaan tersebut "menghancurkan" karya yang dibina. Saya tidak menyangkal akan kenyataan MD Rashid. Sebenarnya bukan tidak wajar soal peribadi ini menjadi bahan sesebuah sajak cuma bagaimana soal peribadi ini dapat diperluaskan lagi supaya pembaca mendapat sahamnya juga. Soal cinta adalah soal peribadi tetapi ia boleh dinikmati oleh pembaca yang mempunyai pengalaman bercinta. Yang penting adalah cara pendekatannya. Kalay hanya syok sendiri dengan ungkapan yang sangat peribadi, tentulah tidak banyak manfaatnya dan dalam kehidupan, kita bukanlah bercinta 24 jam.

Berkenaan dengan anggapan orang tentang miring sama ada kiri atau kanan, soal condong ke pembangkang atau sebaliknya, ia terletak bagaimana kita memandang dan memahami apa yang berlaku di sekeliling kita, negeri, negara dan juga dunia. Sentiasa ada pro dan kontra dalam bidang penulisan ini tetapi penentuan dan arah tuju sikap penulis itu mesti ada. Sebenarnya sama ada kita seorang penulis atau tidak, kita tidak akan dapat lari dari pergolakan yang berlaku terutama dari sosio-budaya politik, kehidupan dan kemasyarakatan dan kita perlu sedar bahawa segala macam pergolakan yang berlaku adalah berkaitan dengan politik. Politik ini bukan semestinya berkaitan dengan parti politik sahaja dan kerana itu setiap orang pasti akan terlibat dengan politik, sama ada mahu atau pun tidak.

Sebagai penulis, bukankah tugas kita menyampaikan? Menyampaikan pula bukan hanya untuk segolongan orang-orang tertentu sahaja tetapj kepada semua peringkat masyarakat. Dengan mengutarakan soal peribadi, adakah penyampaian itu akan menyeluruh? Rasanya tidak. Penulis harus berani dalam menyatakan kebenaran terutama dalam sesuatu isu yang melibatkan masyarakat. Sama ada miring ke kiri atau kanan, biar pembaca sendiri yang menentukan. Kita sebagai penulis sahaja yang tahu di mana condongnya kita. Sama ada condong ke arah kebenaran atau sebaliknya.

Bagaimana kalau kita lupakan dulu tentang berapa orang yang "like" karya kita dalam fb ni. Selalu penulis melaungkan cogan"aku menulis bukan kerana nama" dan kerana itu lupakan semua tentang "like" yang diinginkan. Sebagai penulis, tidak kiralah yang baru atau lama, kita kembalikan semula sajak pada tempatnya yang sebenar dan pada sumbernya iaitu kehidupan nyata pada masyarakat. Biarkan sajak itu juga menepati pada fungsinya iaitu menyampaikan. Lupakan tentang "like" yang beratus atau beribu atau lupakan sebentar tentang "untuk popular" di kalangan pembaca dalam fb.
Suka · Balasan · 2 · 10 hrs
MD Rashid
MD Rashid Abg Qalam Bertinta
Apa yang saya cuba nyatakan adalah pembaca lebih menggemari bacaan percintaan dari bacaan kenyataan
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Saya faham MD RashidRashid tentang perkara itu. Apa yang saya maksudkan pula adalah lupakan dulu tentang apa yang pembaca gemari tetapi tumpukan kepada "menyampaikan" untuk golongan yang lebih luas. Pemahaman untuk pembaca yang sudah terbiasa dengan sajak-sajak cinta ini mungkin memakan masa tetapi kita cuba.
Suka · Balasan · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Percintaan itu juga nyata cuma penyampaiannya hanya kepada kelompok tersebut sahaja. Bagaimana kalau penyampaiannya disebarkan dengan lebih meluas. Karya cinta tetapi diperluaskan lagi untuk dinikmati oleh semua golongan
Suka · Balasan · 10 hrs
MD Rashid
MD Rashid Persoalan yang utama ...siapa ADA BERANI
Suka · Balasan · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Ada yang berani dan semakin ramai yang berani. Contohnya di Madrasah Seni dan yang terbaru di ZKST. Ingat lagi sajak Dato Kamal Amir Hijaz?
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Zaman Shah Saiyan
Tulis balasan...

Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Tak boleh kupas sebab saya bukan penulis... baca ajer apa orang tulis... hihihi
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Kan abang Hamdan Raja Abdullah juga seorang penulis. Penulis yang pernah memenangi hadiah sastera DBP. Ulaslah sikit bang Hamdan...hehe
Suka · Balasan · 10 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Tak berani nak ulas, sdr Qalam Bertinta... siapalah kita nak kupas hasil penulis2 lain... puji bolehlah.... hihihi
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Kalau dok puji aje abang Hamdan Raja Abdullah, tu yang depa rasa dah sangat hebat. Sekadar ulasan, bukan kritikan...
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Setiap ulasan ada teguran, sdr Qalam Bertinta... paling tidak pun ejaan dan ada kalanya tata bahasa... bila dah tegur, orang tak suka.. baik diam ajer... kan?
Suka · Balasan · 2 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Itu perkara biasa terutama pada pemain-pemain baru dalam bidang ni Abang Hamdan Raja Abdullah. Ada tu yang sajaknya satu dua buah ada dalam buku yang diterbitkan oleh grup, dia rasa dirinya dah cukup hebat dan tak boleh ditegur. Saya senang aje bang. Kalau apa yang saya cuba betulkan tak diterima, lantak kaulah. Sebab tu karya-karya orang macam ni tak pernah berubah dan tak ada peningkatan.
Suka · Balasan · 2 · 10 hrs · Telah disunting
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Betul tu... saya lain, setiap teguran saya sanjung tinggi sebab saya memang bodoh bab2 berkaitan bahasa dan sastera... amat terima kasih kat sdr Qalam Bertinta, penyair Ismail Hussain dan cikgu Nizam Abdul Jalil yang selalu beri teguran dalam bab2 tersebut... kita masih banyak perlu belajar dalam hidup ini... tapi, itu saya...
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Benar abang Hamdan Raja Abdullah. Kita sebenarnya akan terus belajar, belajar dan belajar selagi masih bernafas. Sejujurnya, kalau saya baca semula sajak-sajak saya yang lama, saya rasa malu pada diri sendiri. Dari situ saya belajar. Bertanya pada orang yang lebih pakar serta membaca karya-karya penulis yang telah berjaya dan mencipta nama dalam bidang ini. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit sudah ada peningkatan dan saya masih terus belajar lagi
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Ulasan dan kritikan amat perlu bagi meningkatkan tahap dan mutu penulisan kita. Cuma penulis kena positiflah dengan kritikan dan ulasan. Janganlah tahu bak melenting aje
Suka · Balasan · 2 · 10 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Tu yang payah sekarang... sebab, penulis, bak kata sdr pun, baru satu dua puisi terbitan grup sendiri, dah terasa hebat...
Suka · Balasan · 1 · 10 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Yea bang Hamdan Raja Abdullah. Sebab tu dia orang ni tak ke mana. Dok takuk tu aje
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Posting asal sdr Qalam Bertinta tentang kisah kemasyaratan dalam penulisan terus ingatkan saya kat cerpen2 Sasterawan Usman Awang seperti yang dikupas oleh Mohamad Mokhtar Hassan dalam buku ini... cuma ini dalam BI...
Foto Hamdan Raja Abdullah.

Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Ini yang tertulis di kulit belakang buku itu...jelas membicarakan usaha Usman Awang dalam menggarapkan perubahan dalam kehidupan masyarakat kita... dan dengan caranya, dia cuba membawa perubahan dalam pemikiran orang2 kita...
Foto Hamdan Raja Abdullah.

Suka · Balasan · 1 · 22 min · Telah disunting
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Susah nak dapat dah pemikiran seperti Allahyarham Usman Awang ni bang Hamdan Raja Abdullah. Yang ada hanya fikirkan pasal nak glamer dan popular aje
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Sebab saya ni banyak cara lama, saya tak pernah rasa hebat walaupun saya bergantung hidup pada penulisan.. saya bukan guru, bukan pensyarah, tak pernah ada kerja tetap lain selain jadi penulis sepenuh masa sampailah pencen...
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Saya juga suka dengan cara lama dalam dalam menulis. Sebab tu saya tak suka dengan genre baru puisi yang ada sekarang ni. Mungkin sedikit kolot tetapi pada saya cara dan gaya lama banyak keindahannya.
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Kita tengok semua sasterawan2 hebat seperti Samad Said, Sutung Umar RS, dan lain2 keliling kita, semua very humble.. berbudi tinggi.. tak menyombong.. kita kena ikut cara mereka, sdr Qalam Bertinta...
Suka · Balasan · 2 · 9 hrs · Telah disunting
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Betul tu bang Hamdan Raja Abdullah. Berbanding dengan penulis yang ada sekarang. Bukan semua, hanya segelintir yang merasa sudah cukup hebat sedangkan kosong. Saya pernah jumpa dengan A Samad Said dan Tuan Sutung Umar RS. Mereka ramah dan tidak menyombong cuma saya aje yang segan nak berbual dengan mereka...hihi
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Kan..? Saya kenal sangat dengan mereka semua.. mulia hati mereka.. sdr Sutung Umar RS dulu berbelas tahun jadi editor DBP.. pak Samad Said dulu datang ke Muar ajak saya masuk tulis untuk Warta Tebrau masa dia nak terbitkan surat khabar itu.. hari ini saya yang segan nak berkawan dengan penulis2 baru... mereka hebat2 belaka....
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Saya pun macam tu juga bang Hamdan Raja Abdullah. Segan nak sembang-sembang dengan penulis baru ni. Hebat sangat
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Buat hal kita ajer, sdr Qalam Bertinta... tak sakit kepala.. hihihi
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Kekadang sakit juga kepala bila lihat pencemaran bahasa dan tatabahasa serta ejaan dalam karya-karya yang ada...
Suka · Balasan · 1 · 9 hrs
Md Share Abd Ghani
Md Share Abd Ghani Bg diri saya, saya tetap tulis juga dan kalau diperhatikan dalam laman fb saya ada minggunya saya tulis isu2 masyrakat secara bertema.
Saya luahkan roman rasa masyrakat dengan membius diri dari terkesan dek jumlah like.
Apa ada pada like kalau dengannya kita sentiasa di ikat ataupun berpura- pura
Suka · Balasan · 1 · 8 hrs
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Biarkan ajer.. itu masalah mereka... hihihi
Suka · Balasan · 1 · 8 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Alhamdulillah tuan Md Share Abd Ghani. Like tidak semestinya mereka menyukai apa lagi nak menghadami karya kita. Saya tak kisah sama ada orang nak like atau tidak yang penting apa yang ingin saya sampaikan. Selalunya puisi yang berhubung-kait dengan masyarakat dinilaikan sebagai puisi yang baik. Puisi kemanusiaan dan keadilan sosial mungkin dipandang sepi oleh pembaca. Kalau tidak dianggap sebagai perjuangan, bukan soalnya tetapi penulis mesti terlibat di dalamnya sebagai wadah dalam menyampaikan
Tak Suka · Balasan · 2 · 8 hrs
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Yea bang Hamdan Raja Abdullah. Biarkan...
Suka · Balasan · 1 · 8 hrs
Sutung Umar RS
Sutung Umar RS Kebanyakan sajak yang ada sekarang lebih mengungkap suara peribadi penulisnya sendiri dan memantulkan mood pada zaman di mana dia berada. Penulis sepertinya tidak lagi berminat mendedahkan segala kepincangan serta kejelekan hidup dalam masyarakat yang mana ia lebih merupakan wakil sesuatu kelompok manusia.
Itu adalah pernyataaan awal Qalam Bertinta. Sebelum kita pergi kepada ulasan-ualan teman-teman yang lain sukacita kita melihat apakah persoalan sebenar yang ditimbulkan oleh Qalam.
Kata Qalam, kebanyakan sajak yang ada sekaranag lebih mengungkapkan suara peribadi penulisnya. Pernyataan kedua selepas pernyataan pertama itu, Qalam menulis: Penulis seperti tidak berminat mendedahkan segala kepincangan serta kejelekan hidup dalam masyaraklat sedang penulis itu adalah wakil atau suara zamannya, iaitu masyarakatnya.
Pernyataan pertama memang benar bahawa kebanyakan penulis selamanya menulis hal peribadi. Manakala hal peribadi itu dihubungkan dengan persoalan-persoalan remeh temeh seperti cinta monyet dan yang seumpamanya. Itu memang tidak dinafikan. Saya juga menemui pernyataan itu sebagai benar tetapi tidak berdasarkan kepada sebarang penyelidikan khusus – sehingga pernyaataan itu menjadi terlalu umum – untuk boleh dipercayai sangat . Itu hanya anggapan dan andaian saya sahaja yang meneliti bukan secara ilmiah sajak-sajak yang tersiar dalam media waktu kini.
Mari kita telisik dengan sedikit rapi apakah menulis hal yang bersifat peribadi itu tidak wajar? Pada saya tentulah wajar dalam hubungan penulis bebas untuk menulis apa sahaja yang menjadi minatnya. Jika minatnya atentang dirinya dan tentulah tidak mustahil ia menulis tentangnya. Tapi dalam soal ini persoalan kita adalah: Apakah bezanya antara persoalan peribadi dengan persoalan yang tidak peribadi?
Menjawab pertanyaan akhir itu kita nanti terperangkap dalam kenyataan umum yang kita buat. Persoalan cinta adakah persoalan peribadi? Kalau persoalan cinta adalah persoalan peribadi makanya Romeo and Juliet oleh Shakespeare itu tidaklah sejagat sifatnya. Bagaimana dengan Magdalena karya Mustafa Lutfi al-Manfaluthi? Bagaimana Lover karya Marguerite Duras? Bagaimana Lolita oleh Nobokov?
Berbalik kepada puisi, bukan persoalan peribadi itu tidak baik tetapi pada fikiran saya (sekali lagi saya ulangi - pada fikiran saya) ialah bagaimana meletakkan persoalan peribadi itu dalam ruang kehidupan diri penulkis yang tidak terpisah dengan masyarakatnya?
Hujah ini nanti jikia berlanjutan dan panjang lebar akan membawa kepada persoalan seni untuk seni dan seni untuk masyarakat yang dibincangkan oleh pelbagai orang tak habis-habisnya asemenjak Asas 50 hingga kini – masih orang berbincang secara nyata mahupun tersembunyi.
Jadi kesimpulan awal yang kita boleh buat ialah jarak antara yang peribadi dengan yang bukan peribadi itu tersangat nipis.
Dalam puisi, kalau kita telisik dengan lebih mendalam kita akan dapati bahawa puisi Kassim Ahmad sahaja yang tidak bercakap hal peribadi. Dan itu ada hubungannya dengan kehidupan peribadi Kassim Ahmad sendiri. Contoh lain adalah puisi Dinsman tetapi kepada yang mengikuti perkembangan Dinsman sendiri akan dapati bahawa persoalan politik yang ditulisnya ada hubungan dengan sikap peribadinya – kita bersetuju atau tidak – itu persoalan lain.
Pendapat Qalam itu disambut oleh MD Rashid . Md Rashid memberikan pernyataan bahawa menulis hal masyarakat menimbulkan dua hal. Pertama tidak ada yang ingin membaca dan akan menyebabkan pembaca menuding jari mengatakan penulis itu condong ke sana dan condong ke sini Atau tak condong kemana-mana.
Ini hal yang amat menarik. Hal pertama yang menarik adalah anggapannya terhadap minat pembaca berdasarkan kepada apa-apa reaksi yang ditulisnya dalam fb. Kalau yang serius tak mendapat like, tapi kalau yang bukan serius, yang katanya jiwang-jiwang, maka reaksinya dan likenya banyak.
Md Rashid seolah membuat kesimpulan kalau menulis hal kemasyarakatan (mengikut faham saya) akan dikatakan syok sendiri.
Saya ingin bertanya: Tidakkah apabila apenulis itu menulis – secara langsung atau tidak langsung dia menyatakan pendiriannya. Dan menyatakan pendiriannya itu dengan sendirinya tidak boleh lari atau mengelakkan diri daripada dua perkara iaitu orang suka dan orang tak suka. Namun seorang penulis yang yakin kepada apa-apa yang ditulisnya, dia perduli apa dengan orang suka atau tak suka. Yang penting dia telah menyatakan sikapnya. Dia telah menyatakan pendiriannya.
Tentang tidak ada penulisan yang berbincang tentang kemasyarakatan juga masih boleh dipersoalkan. Gerakan Paksi dengan jelas mengumpulkaan , kbususnyan puisi tentang kemasyarakatan. Dan y6ang terbaru Paksi juag menjadi juara dalam mempertahankan kebersihan sungai – hal yang amat relevance dalam masyarakat kita.
Dan apa yang saya sebut tentang PAKSI ini bukan kes terpencil. Aktiviitinya terus menerus dan boleh juga diikuti dari dalam fb.
Majlis Baca Puisi – sekarang ini kalau tak silap saya ada tiga majlis Baca Puisi Bulanan yang tetap setiap bulan. Baca Puisi Pena (setiap Jumaat malam Sabtu minggu pertama setiap bulan – melainkan jika ada sesuatu sebab di ubah tarikhnya sahaja). Basca puisi Paksi di SurAU Kampng Banda Dalam – setiap Jumaat malam Sabtu minggu kedua szetiap bulan. Dan Baca Puisi Suara Kuala Lumpur – Sabatu malam Ahad minggu ketiga setiap bulan – tempat-tempat yaang saya sebutkan itu boleh membaca puisi apapun – yang berbentuk kritik masyarakat atau yang lain-lain. Datanglah. Majlis itu terbuka. Kalau agak malu nak berjumpa dengan MC, jumpalah juga MC dan katakan saya yang suruh datang – nanti dia akan beri peluang kepada sdr.
Ikut Qalam, sebenarnya bukan tidak wajar soal peribadi ini menjadi bahan sesebuah sajak cuma bagaimana soal peribadi ini dapat diperluaskan lagi supaya pembaca mendapat sahamnya juga. Qalam juga menyebutkan “Sentiasa ada pro dan kontra dalam bidang penulisan ini tetapi penentuan dan arah tuju sikap penulis itu mesti ada.” Menjadi penulis memang kena mempunyai sika[p – benar atau taka benar , orang suka atau tak suka.

Tugas penulis adalah menyampaikan pesannya. Tugas nabi Muhammad adalah menyampaikan dakwah Islam, sama ada ada orang beriman atau tidak itu semua ditentukan oleh Tuhan.
MD Rashid menegaskan kepada Qalam ialah pembaca lebih menggemari bacaan percintaan dari bacaan kenyataan.
Tentang minat pembaca ini kita tak boleh haling sebab itu pilihan mereka. Kalau kita takut dengan mereka itu maka sampai bila pun kita tak boleh menulis.
Pengalaman saya, saya menulis bukan hendak menyenangkan pembaca. Saya menulis ikut suka saya sahaja. Kalau ada pembaca yang suka Alhamdulillah, kalau mereka tak suka pun Alhamdulillah juga. Sombong dan aangkuh bunyinya, tetapi begkitulah keadaannya. Saya tidak menulis ikut apa yang pembaca hendak. Saya menulis ikut apa yang saya nak tulis.
Akhir sekali adalah persoalan kenapa anda ingin menjadi penulis. Tanyalah kepada Hamdan itu, kenapa dia jadi penulis? Menjawab persoalan ini amatlah penting bagi seorang yang ingin menjadi penulis.
Tak Suka · Balasan · 3 · 33 min
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Sdr Qalam Bertinta, sasterawan kita sdr Sutung Umar RS telah singgah dan memberi pandangan yang sangat positive tentang puisi dan masyarakat..juga sastera dan masyarakat.. bagus pandangan sdr Sutung itu.. saja2 kita hayati..
Suka · Balasan · 8 min
Sutung Umar RS
Sutung Umar RS SEbenarnya ada banyak lagi yang nak cakap, tapi biarlah berdikit-dikit
Suka · Balasan · 3 · 10 min
Md Share Abd Ghani
Md Share Abd Ghani Ruang masa saya tak banyak namun saya bersyukur Allah tempatkan pena di jari saya dan lebih2 lagi bersyukur dapat mengutip bicara dari kemurahan hati tuan2 guru di sini. Alhamdulillah saya tahu kenapa saya cuba dan ingin jadi penulis dan saya tahu implikasi dari tulisan yang kita catatkan.
Suka · Balasan · 1 · 5 min
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta As salam dan terima kasih Tuan Sutung Umar RS atas ulasan yang agak panjang lebar tentang perkara tajuk yang diusulkan. Satu ulasan yang jitu biarpun dalam susunan ayat yang terhad. Saya tidak beranggapan bahawa menulis dalam bentuk peribadi penulis adalah satu tidak kewajaran. Apa yang saya tekankan adalah apakah tulisan tersebut sampai secara menyeluruh kepada semua kelompok pembaca? Contohnya jika kita menulis tentang cinta kepada Allah atau Rasul, tulisan tersebut akan sampai kepada semua kelompok pembaca kerana tulisan tersebut bercorak umum dan perasaan cinta kepada Allah dan juga Rasul adalah sesuatu yang "wajib" ada pada setiap makhluk yang beragama islam dan yang percaya kepada rukun iman. Jika tulisan yang berbentuk peribadi penulis seperti soal cinta, putus cinta, sedang bercinta dan sebagainya, tulisan tersebut hanya sampai kepada golongan yang tertentu yang pernah mengalami seperti apa yang penulis alami. Jadi di mana fungsi "menyampaikan" yang harus ada pada setiap penulis?

Berkenaan dengan "syok sendiri" seperti yang dikatakan oleh saudara MD Rashid pada pendapat saya pula ialah "syok sendiri" tidak akan ada pada sajak-sajak yang ditulis berdasarkan fakta, pemerhatian sendiri atau pengalaman yang dialami oleh penulis dan karya-karya sebegini seringnya terdapat dalam karya yang berbentuk kemasyarakatan, kemanusiaan dan ketuhanan berbanding dengan karya yang lebih menjurus kepada cinta terutama cinta sesama manusia. Saya juga sependapat dengan tuan Sutung bahawa apabila penulis itu menulis, secara langsung atau tidak dia menyatakan pendiriannya dan dia tidak peduli sama ada orang suka atau tidak. Pada saya "PENDIRIAN"itulah yang penting dan seharusnya ada pada setiap orang yang bergelar penulis.

Saya akui, sejak mula saya menyertai keluarga PAKSI di Madrasah SeniSeni, ramai penulis yang jelas menyatakan pendirian mereka dalam tulisan yang dihasilkan dan pendirian itu saya pasti akan kekal bersama mereka. Kita tolak tepi dulu tentang pemikiran politik yang ada pada diri masing-masing. Kita pandang dari sudut "PENDIRIAN" dan " MENYAMPAIKAN".

Jika penulis ingin menjadi popular dan terkenal, rasanya bidang sastera bukanlah tempat yang sesuai. Jadi saja penyanyi atau pelakun. Pasti akan popular kerana bidang tersebutlah yang ramai pengikut dan pengemarnya, bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.
Suka · Balasan · 1 min
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Mungkin Tuan Sutung Umar RS boleh meneruskan kupasan dan ulasan tuan seterusnya

Suka · Balasan · Sebentar tadi

Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Saya terkesan dengan kata-kata Ayahanda Yassinsalleh BTYassin semasa Ziarah Karyawan Sempada Tahun tempoh hari. Kata beliau" boleh tak anda sebagai penulis lupakan dulu tentang ingin popular dan terkenal atau juga ingin membuat keuntungan semasa menulis. Fikirkan tentang tulisan anda lebih memberi kebaikan kepada masyarakat umum (lebih kurang begitulah kata-kata beliau)". Namun berapa ramai agaknya penulis yang setuju dengan beliau? Di sinilah "PENDIRIAN" memainkan peranan dalam menentukan halatuju seseorang penulis itu.

Soalan yang menarik dari Tuan Sutung Umar RS. "Kenapa anda ingin menjadi penulis"? Soalan ini pada saya memerlukan satu jawapan yang jujur dari mereka yang mengaku diri mereka adalah penulis dan sejujurnya pada pendapat saya, jawapan yang akan diberikan tidak selari dengan apa yang ada dalam hati sebenarnya.
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Betul tu abang Hamdan Raja Abdullah. Saya menunggu ulasan seterusnya dari Tuan Sutung Umar RS
Hamdan Raja Abdullah
Hamdan Raja Abdullah Sdr Qalam Bertinta, banyak yang boleh kita pelajari dari sdr Sutung Umar RS dalam bidang penulisan, juga bidang hidup ini.. penulis selalu sensitive pada keadaan dan sentiasa resah melihat keadaan sekitarnya.. dan keresahan itu yang buat penulis menulis...
Qalam Bertinta
Qalam Bertinta Sepatutnya begitulah abang Hamdan Raja Abdullah. Kepekaan akan apa yang berlaku di sekeliling penulis itu perlu ada. Dari situlah karya-karya yang dihasilkan akan dapat disampaikan secara menyeluruh kepada semua lapisan pembaca



Sumber: Dari FB Qalam Bertinta

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi