Sajak: Solidariti Untuk Kamu



Solidariti Untuk Kamu

Di sini kami berseminar
di sini kami berwacana
di sini kami bersimposium
di sini kami berdebat
di sini kami bermesyuarat
di sini kami berdemontrasi
di sini kami berpuisi
di sini kami berpantun
di sini kami bersyarah
di sini kami berceramah
di sini kami berbual bicara
semua bercerita berkisah tentang saudara
biar pun kamu tidak minta
inilah solidariti kami untuk kamu semua
di mana, ya…di mana-mana sahaja
bahkan kami berdoa berqunut nazilah
untuk kesejahteraan dan keselamatan kamu.

Amin Ya Rabb…!

Masshah
26052015
Meru.






Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi