MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Friday, January 1, 2016

Sajak: Lembaran Indah




Lembaran Indah

Lembaran lama pergi
usah ditangisi
datang lembaran baru kini
hargai yang hadir ke sisi
warnai ia dengan harmoni.

Lukiskan lembaran ini
dengan warna-warni murni
usah dipalit dengan
warna-warni kecurangan
sirna kelak kedamaian.

Agar ia putih bersih
mudah diselak diharungi
gengam teguh dan eratlah
berpautlah demi keredhaan-Nya
nantikan tercipta lembaran indah.

Masshah
1012016
Meru.





No comments:

Post a Comment

Rindu ANIS

    Rindu kat Anis, sejak beberapa bulan ni tak jumpa, tak tahu apa khabarnya Anis. Petang ini disebabkan rindu sangat dengan A...