MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Saturday, January 16, 2016

Sajak: Derita Rakyat





Derita Rakyat

Rakyat itu adalah aku
itulah aku rakyat itu
derita rakyat derita aku
derita aku derita rakyat
itulah cerita aku derita rakyat
deritanya rakyat deritanya.

Terkesan terasa
perit menempuh hari-hari sakit
rakyat kais pagi makan pagi
rakyat kais petang makan petang
deritanya rakyat deritanya.

Tekan menekan
tindas menindas
rakyat tertekan tertindas
walang hatinya menangis
tak pernah ada simpati
kuasawan tak simpati
tak pernah mengerti
deritanya rakyat deritanya.

Masshah
16012016
Meru.


No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca