MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, January 5, 2016

Sajak: Mudah Cuma Berkata




Mudah Cuma Berkata

Mudahny bicaramu
hidup perlu sederhana
sendiri cakap tapi tak bikin
berbicara semahunya
begitukah pemimpin.

Senang melontar kata
sana-sini bagai di kota
mewah sang maharaja
tak pernah merasai menyewa
semua dimiliki cakap sahaja.

Marhaen bersusah payah
siang malam pagi petang
bukan  semuanya percuma
tak semudah cuma berkata
ubah cara hidup usah boros
mesti pandai mengurus.

Ya…itu katamu
yang tak perlu bertungkus lumus
yang tak perlu basah keringat
yang tak perlu bersusah payah
punya penderma yang simpati
ya…sememangnya kau
hanya pandai bermain silap mata
di hadapan marhaen.

Masshah
5012016
Meru.

No comments:

Post a Comment

Bilik Kolongku

  Memori bilik kolongku(bilik bawah rumah) sekitar tahun 1994-2013.Menyimpan seribu kenangan suka duka hidup seorang bernama '...