Melayu Bangsa Pendatang?

No automatic alt text available. Image may contain: 1 person, text
Image may contain: text No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Marah dengan kenyataan ini? Sudah tentu ramai yang marah. Kau dan aku, sensitif tak?
Beberapa hari ini timbul isu ini yang dilontarkan oleh seorang menteri, yang barangkali sudah banyak khatam pelbagai buku sejarah berkaitan bangsa-bangsa dunia.
Lalu dengan yakin melontarkan kata-kata ini. Tapi sejurus dari itu beliau telah menafikan selepas sudah viral kenyataannya yang dilaporkan akhbar.
Sama ada menteri kata begitu atau tidak, kenyataanya telah membuatkan sebahagian bangsa Melayu terasa hati.
Apa perlunya kenyataan ini dibangkitkan. Rasanya tidak perlu dan memang tidak perlu. Disaat konon katanya ingin membina Malaysia Baru, apa perlunya semua itu.
Jagalah sensitiviti semua bangsa. Melayu, Cina, India, Iban,Kadazan dan lain bangsa yang ada di Malaysia.Kau mahu rakyat hidup aman damai dan harmoni tapi kau sendiri tidak begitu.
Menteri fokus dan tumpu pada tugas serta kerja yang dilakukan sudahlah. Tak perlulah mengeluarkan kenyataan yang menyumbang kearah keretakan hubungan kaum.
Cukup-cukuplah nak kata, bangsa aku datang dulu dari bangsa kau, kau tu bangsa...bla...bla...bla...
Hah! Marah... hah! Tepuk...
Jadi, setiap bangsa ada sejarahnya, cukuplah jangan gaduh-gaduh. Masing-masing boleh cari buku sejarah bangsa masing-masing. Baca bukan untuk mencari siapa dulu tapi baca untuk mencari kebenaran.
Baca!
Sejarah tak pernah menipu, cuma mungkin penulis sejarah yang tidak jujur boleh menipu prihal fakta sejarah yang benar.
"Bangsa yang tidak Mempelajari sejarah, lalu sejarah akan mengajarnya kembali."
Cukuplah! Bercakap prihal sensitif seperti ini bukan semua suka kan. Kau bangsa pendatang ke bukan pada hakikatnya memang kita ini bangsa yang didatangkan oleh Allah SWT dengan Ibu dan bapa yang sama iaitu Adam dan Hawa.
(Mohon perbetulkan jika tulisan ini tidak betul)
Dibawah ini petikan dari buku-buku yang aku miliki tentang sejarah bangsa Melayu. Ditulis oleh mereka yang sememangnya sangat berautoriti.
"Sebuah bangsa yang tidak mengenali sejarahnya sendiri tidak mungkin dapat melangkah jauh ke hadapan. Tanpa penghargaan terhadap kegemilangan yang pernah dicapai oleh nenek moyang mereka, bangsa Melayu Muslim ini hanya akan menjadi pentaksub kepada bangsa lain sama ada Inggeris di Barat, mahu pun bangsa Arab yang sudah pudar kegemilangannya."
Rohidzir Rais. dalam tulisan Prakata dalam buku Biografi Agung Syeikh Arshad Al-Banjari. Buku tulisan, Abdul Rahman Hj.Abdullah.
"Penemuan baru bahawa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu mempunyai hubungan dengan Kerajaan Turki Uthamaniah yang bekerjasama untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi umat Islam."
Petikan dari buku: Gerakan Pe-Jihad Menghadapi Konspirasi Penjajah Dan Manipulasi Sejarah. Tulisan Abdul Rahman Hj.Abdullah.
"Bangsa yang tidak Mempelajari sejarah, lalu sejarah akan mengajarnya kembali."
Petikan dari buku: MALAYONESIA Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu. Tulisan Mat Rofa Ismail.
"...dosa paling besar yang dilakukan penjajah adalah apabila mereka sengaja merampas sejarah agung sebuah bangsa Melayu Muslim di Tanah Melayu!
Petikan dari buku: Kerdipan Bintang MELAYU Di Langit TURKI. Tulisan Mat Rofa Ismail.
"Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan. Melorongkan jalur sejarah zaman. Begitu luas daerah sempadan. Sayang...kini segalanya kehilangan."
-Usman Awang-Sasterawan Negara
Petikan dari buku: Membongkar DUNIA MELAYU-Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah. Tulisan oleh, Srikandi,Al-Semantani Ibnu Rusydi.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi