Pilihan Bulan Januari 2019




Buku masih menjadi pilihanku untuk tahun 2019.Lima buah buku menjadi koleksi terbaru di Bilik Buku.Sebuah telah habis aku baca. Buku tidak pernah menjemukan,jika boleh setiap hari mahu beli buku.

Itupun andai kewangan mengizinkan,jika tidak sebulan sekalipun kira ok juga.Maklumlah aku bukan tauke,wang masuk hari-hari.

Apapun syukurlah masih ada bajet untuk buku setiap bulan untuk diriku.

Buku-buku pilihanku januari 2019;

1-Misi Bebas Hutang-Mohd Zulkifli Shafie

2-Zombie Benar-Benar Wujud?-Muhd Nur Iman Ramli

3-Lakaran Jiwa Merdeka-Tian Chua

4-Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit-Dr.Adi Hashman

5-Pegkung Alung-Riduan A.Dullah

Sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan untuk setiap pemula yang ingin memulakan habit membaca, ini pun sudah kira bagus sekali. 

Seronok bila mendengar,kerajaan pun sudah mula menggalakkan kempen #MalaysiaMembaca ini. Sebagai rakyat yang prihatin,sama-samalah kita bergerak menjayakan semoga Malaysia Membaca tercapai hingga 2030 nanti.

Ayuh,bergerak sekarang!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi