Menulis Dan Cuti Sakit




Ikutkan hati memang sudah malas mahu menulis diblog ini. Tak macam dulu-dulu masa tengah bersemangat menulis.Apa saja mahu ditulis,orang baca ke tidak tak peduli.Janji ada isi dalam blog.

Seronok bukan main bila dapat menulis lepas itu terbitkan dalam blog. Ini pun disebabkan ada semangat, kalau tidak belum tentu ada perkara yang mahu dikongsikan. Sekadar masukkan gambar buku yang dibeli, itu sahajalah.

Bila duduk-duduk di dalam bilik buku ini, lihat sekeliling buku-buku, bersemarak dan bersemangat pula mahu menulis, seperti ada aura.

Tapi memang betulah, bila lama tidak menulis, terasa payah pula mahu memulakannya.Ini pun aku paksa-paksa diri menulis.Sambil minum kopi

Entah apa yang aku mahu tulis.

Masuk dua hari ini,aku cuti sakit.Gara-gara jatuh motor sewaktu balik kerja dua hari lepas. Walau tak cedera tapi sakit dibahagian tulang rusuk terasa amat. 

Jadi cuti-cuti begini, sambil berehat, cuba buka blog yang semakin bersawang.

Entah ada tetamu menjenguk atau tidak. Biarlah…yang penting masih ingin berkongsi cerita.

Kata isteri malam tadi, sakit itu penghapusan dosa, moga aku reda dengan ketentuan-Nya. Mungkin ada dosa-dosa yang dilakukan, Allah SWT beri sedikit ujian dan musibah untuk aku berfikir dan bermuhasabah diri.

Maklum, manusia tidak pernah sunyi dari berbuat dosa. Moga Allah SWT mengampuni dosa-dosaku.

Aaamiin Ya Rabb!!!

Apa lagi nak tulis?


Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi