Sajak: Sudahlah Hentikanlah






Sudahlah Hentikanlah

Ahli agama bertelingkah khilaf sesama mereka
yang khilaf dipanjang-panjangkan di bida’ahkan
siapa lebih wahabi siapa lebih alul sunnah waljamaah
perbezaan sedikit menjadi rumit bertelingkah
cabar mencabar menjadi lumrah...murah
siapa menang siapa kalah benarkah…benar.

Apa salahnya duduk semeja berjiwa besar
kurangkan berdegar-degar banyakkan sabar
tenangkan jiwa manfaatkan perbezaan
bukankah perbezaan itu satu rahmat
bukankah itu sunnah yang utama
perlu apa lagi kalian bertelingkah tak sudah.


Cukup-cukuplah agamawan budiman
muhasabah diri itu lebih diutamakan
hentikan cabar mencabar kalah menang
itu bukan ukurannya kebenaran yang diperjuang
ummah lagi sedang berkecamuk
pelbagai onar tentera dajjal mula berkeliaran
kalian lagi bertempik terlolong
bida’ah membida’ahkan.

Aduh…sudah-sudahlah
hentikanlah leraikanlah
ummah sudah cukup menderita
sambut salam kasih sayang sesama
kita satukan dibawah payung Ilahi
quran dan sunnah panduan sejahtera.

Masshah
07012016
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi