Ruangan Sastera Di Akhbar





Keratan akhbar ruangan sastera dan sanggar keratif  dari akhbar  Berita Harian dan Berita Minggu yang dikumpul.


Satu ketika dulu, memang aku sangat anti dengan akhbar arus perdana, tahu-tahu sendirilah akhbar yang mana satu. Oleh kerana disebabkan cara pemberitaan yang berat sebelah terutamanya berkaitan laporan berita politik dan cerita politik bagi pihak oposisi.

Mahu tengok pun meluat dan menyampah, ketika itulah. Secara pribadi, aku memang suka membaca perkembangan politik tanah air, baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak oposisi. Itu dululah…akhirnya aku perlu akur, mahu tidak mahu, aku kena beli dan baca.

Kini, aku beli dan baca lebih kepada ruangan sastera dan perkembangannya. Walau pun aku bukan aliran sastera ketika belajar dahulu, entah mengapa jiwa ini minat dalam perihal cerita sastera. Ruangan sastera di akhbar Berita Harian (setiap hari, sabtu dan Ahad) menjadi kegemaranku.

Juga di akhbar Mingguan Malaysia, ruangan sastera dan budaya menjadi pilihan hati. Membaca karya-karya penulis dan penyair memberikan suntikan motivasi dan inspirasi buat diri ini.

Malah akhbar Sinar Harian Kini pun sudah ada ruangan sastera. Satu perkembangan yang sangat baik dan tentunya ia akan memberi ruang kepada penulis dan penyair untuk berkarya.

Bukan sekadar membacanya, malah aku akan menyimpan sisipan ruangan sastera untuk aku kumpul dan boleh dibuat rujukkan jika perlu. Satu masa nanti, mungkin boleh dibaca dan menjadi bahan rujukkan anak-anak aku. Sekurang-kurangnya, tidaklah terbuang bahan-bahan yang bermanfaat itu.

Harapan aku, semoga ruangan-ruangan sastera di akhbar-akhbar akan terus dikekalkan sampai bila-bila dan jika boleh ada pertambahan muka surat. 

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi