Sajak: Kesudahannya Ceritanya



Kesudahannya Ceritanya

Pernah satu ketika
teman sama berjuang
ditendang diterajang
hanya sekadar dipandang
simpati hanya omongan
akhirnya terus menghilang
teman itu terseksa derita
puluhan tahun, malah kini terpenjara
baginya itu, bayaran demi perjuangan.

Kini, engkau merasa
betapa perit kecewa
setelah diterajang ditendang
hampir menuju ke puncak persada
cita-cita hancur mengelupur tak bermakna
angan-angan konon ke singgahsana punah
engkau, tak belajar dari sejarah
orang nombor dua biasa kena
sukar mahu terus ke sana.

Inilah tanah air kita
penuh gelora kecamuk siasah
biar mereka terus bertakhta berkuasa
namun kebenaran itu belum tentu
kerna Tuhan mahu menguji
mereka berteriak menyalak bangga
demi perjuangan kejituan memerintah
akhirnya sama-sama lihat
bagaimana nanti kesudahanya ceritanya.

Masshah
29072015
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi