Sajak: Bantah Terus Bantah



Bantah Terus Bantah

Bantah terus bantah
jangan mereka anggap kita masih mentah
tidak punya harga diri dan maruah
jangan kita disangka tidak amarah
bila janji mereka tidak amanah.

Bantah terus bantah
jangan sesekali undur walau selangkah
biar ada agamawan kata kita ‘bughah’
panas dan hujan sekalipun kita sanggup redah
kerana kita tahu perjuangan ini benar tidak salah.

Bantah terus bantah
kita pertahankan tanahair ini jangan sampai punah ranah
dek’ kerana janji tidak ditepati harapan hancur musnah
tamak dan haloba bermaharajalela hingga harga tidak murah
walaupun hidup dikata bumi bertuah tapi masih ramai rakyat susah.

Bantah terus bantah
usah dikesah penguasa hilang arah
rasa diri susah resah dan gelisah
akibat tidak amanah dan banyak rasuah
masuk ke perut bumi akhirnya juga ditimbus tanah.

Masshah 2014
Bilik Buku
Sabtu
4/01/2014-11.01.2014
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi