Sajak: Kajang Sudah Realiti



Kajang Sudah Realiti

Suara-suara murah
bawa padah serta amarah
berdesing-desing fitnah membarah
desas desus Kajang terajang ditelanjang
aduh...mereka tidak pernah sedar mahu terus edan
enggan insaf diri nyata tidak muhasabah
terus ego, melulu serta angkuh.

Mana punyai harga diri
mana punyai jiwa berani
mana punyai setia janji
mana punyai kredibiliti.

Kajang mahu diguna pribadi
kempen basi tak punya isi
nyata dengki masih menyelubungi
kuasa angkuh minoriti tak sedar lagi
dipunggah kekayaan hanya segelintir rakyat punyai
itu pun masih tidak mahu menginsafi
diperguna hak awam sesuka hati
untuk kempen tipu sana sini
seluruh dipasak janji-janji konon ditepati
hanya hati pengundi Kajang bijak bistari mengerti.

Kajang permulaan henti politik keji
seputar fitnah pernah diperguna tak lali
cukuplah  janji-janji kosong menteri
gula-gula untuk pelali pengundi
kerna semua itu tak diperlui
bukan itu semua disukai
politik janji keji mengeji caci maki
hak pribadi cukup sudah diungkiti
ingatlah sedari diri kelak dimurkai
janji-janji Ilahi usah dilupai.

Kajang bukan lagi mimpi
kini memang sudah realiti
kajang hak pengundi
kini terserah hak punya diri.

Masshah 2014
10022014
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi