MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Thursday, February 20, 2014

Sajak: Perpaduan Impian


Perpaduan Impian

Indahnya perpaduan
jika benar olahan
merujuk pada kebenaran
pada nurani insan
kesetian jua kejujuran.

suci terpatri dalam
setiap persamaan ikatan
walau apa ribut gelisah
resah melanda keamanan
kembali pada satu kebenaran
bertunjang keimanan.

Biar bersipongang
sepanjang zaman
perpaduan indah milik
bersama satu impian
walau sekadar retorik
bicara dan bunyi keriuahan.

berdentum dentum
sekadar omong-omongan,
yakinlah suatu masa
keikhlasan perpaduan
jika benar nubari insan
bertunjang kejujuran.

Masshah 2014
19022014
Meru.

2 comments:

  1. Bagus sajak ni. Kenapa tidak dicuba hantar ke surat khabar ataupun majalah? Ataupun kumpulkan buat manuskrip terbitkan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Helmi, atas perhatian, Insyallah, memang ada perancangan mahu cuba hantar...;)

    ReplyDelete