Sajak: Dibuli Transformasi



Dibuli Transformasi

Rakyat terus menerus dipermain dan dibuli
penguasa langsung tidak ambil peduli
semua barang, harga naik tinggi-tinggi
kos hidup bertambah dan meningkat, gaji tak naik lagi.

Orang kecil dan orang besar turut mengeluh kini
yang bagi undi sokong menteri membuta tuli
sekarang sudah pandai juga mengeluh sesekali menyesali
baharu mahu sedar, lupa sebelum ini.

Apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya tersendiri
bagi yang mahu ingat dan menginsafi
namun kebanyakan menteri masih terus joli sana joli sini
masih tidak mahu bermuhasabah dan mengkoreksi nurani.

Penguasa asyik berdegar-degar bertransformasi
tetapi itu semua hanya semata-mata ilusi
walau janji-janji dijaja konon semua ditepati
pada rakyat sedikit pun tidak ambil peduli serta simpati.

Permaslahan rakyat langsung tidak diperhalusi
cakap-cakap kroni pantas sahaja diikuti
konon itu semuanya dikata rasionalisasi sabsidi
tapi itu sebenarnya ikut telunjuk isteri.

Sesekali bicaranya tawadhuk persis ulilamri sejati
bila sesekali dijolok diampu pak mufti
disuruhnya rakyat berjimat itu islami
tetapi ternyata semua kosong hanya sensasi.

Entah sampai kapan rakyat harus begini
menanti hari demi hari janji-janji yang tidak pasti
hidup mahu tenang, bahagia dan harmoni
sebelum mati ke sana akhirat yang menanti.

Masshah 2014
Tempat kerja
7.01.2014-Selasa
Jam: 4:33pagi
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi