Sajak: Macam Kangkung



Macam Kangkung

Berbicara manis di bibir minta disokong
dipuji puja setia angguk tanpa geleng penyokong
biar banyak mana slogan retorik penuh kosong
nyata otak kosong peyokong pendokong macam batang kangkung.

Ke sana kemari pada setiap daerah juga lorong
menjaja menagih ketagih simpati harap ditolong
kekalkan kuasa takhta biarpun dari hantu polong
ternyata simpati banyak dari profesor kangkung.

Tidak dikesah kesakitan keperitan orang kampung
bahkan ada yang tinggal dilorong-lorong di bawah kolong
namun bibir merah cakapnya selalu amat bohong
yang murah hanya sekilo harga seikat kangkung.

Lalu dikerah para juak tolol angguk tanpa geleng ke pasar borong
memantau mantau konon banyak peniaga ambil untung
sekadar lakon-lakon temberang konon-konon menolong
ternyata hanya yang murah seikat sayur kangkung.

Hidupnya bangsawan manalah makan keropok losong
cincin dipakai si isteri dibeli bukan dari kedai ‘poh kong’
apatah lagi mahu singgah makan di warung-warung
terbuktilah nyata penguasa persis harga sekilo kangkung.

Dibenci-benci dikeji-keji dihina-hina ramai orang
lagi mahu masih bersikap angkuh juga sombong
sikit pun tiada beringat-ingat sedetik masa akan diusung
nun jauh ke negeri abadi belum tahu rugi atau untung.

Demikianlah seketsa penguasa otak kosong macam kangkung.

Masshah 2014
Bilik buku
22.01.2014-11.15pagi-Rabu
Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi