MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Tuesday, February 19, 2013

Sajak: Apa Sudah Jadi




Apa sudah Jadi

Negara ini kan’ demokrasi
setiap rakyat punyai hak asasi
melaungkan suara ke pelusuk negeri
tanpa halangan dan hipokrasi.

Rakyat ingin mendengari
setiap bicara pemimpin oposisi
namun setiap peluang tidak diberi
semua diguna dan dikuasai bagai hak sendiri.

Kekayaan Negara diboloti,
untuk anak-anak dan isteri
tidak ketinggalan saudara-saudari
dan para kroni.

Setiap inci dari projek negeri
ada laba untuk hak isteri dan diri
tidak kesah korupsi  semakin menjadi-jadi
yang penting poket penuh sendiri.

Pada setiap negeri ditaburi
dan dijanji,
pelbagai bantuan segera diberi
ambil hati untuk undi.

Apa sudah jadi dengan Negara ini
pemimpinya bersifat keji, mementingkan diri
dan tidak pernah mahu bermuhasabah diri
kini sudah tidak dihargai
itu pun masih tidak sedar diri.

Masshah 2013
Tempat kerja
Meru
14.02.2013.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca