Sajak: Amarah Serakah




Amarah Serakah

Jangan mudah mengalah dan menyerah
pada setiap langkah tetaplah mara
kuatkan ikatan sekepakatan.

Pada setiap berita yang diolah
ditambah isi dan perencah buat penguat fitnah
tanpa hujah,
biarkanlah…

Biar pun mereka semakin serakah
berapi amarah,
tetaplah jaga maruah,
jangan sampai hilang arah.

Semua mahu diserah,
teguhkan setiap kata bicara
tetapkan pendirian dan berserah
pada yang punya kuasa
itu lebih aulah.

Bila diikutkan marah
saitan akan terus menjajah
fikiran akan terus terjajah
pendirian jadi punah ranah.

Mereka akan bertempik sorak meriah
melihat permuafakatan semakin goyah
peluang mereka menerjah
melihat kesepakatan akan boleh kalah.

Pada setiap penjuru dan arah
dilagukan lagu murah
yang tidak pernah rasa bersalah
dan tidak mahu mengalah.

Biarlah kalah sebenarnya tidak salah
daripada menang tetapi juara fitnah.

Masshah 2013
Tempat kerja
Meru
6.02.2013/ 4:51 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Syair: Perpaduan

Pantun Perpaduan

Sajak: Perpaduan Sejati Bukan Mimpi