MENULIS SELAGI MASIH ADA HAYAT

Wednesday, February 6, 2013

Sajak: Dijanji Lagi




Dijanji Lagi

Dijanji lagi ,
tujuh janji yang belum pasti ditepati
pada negeri yang dicemburui
sudah lama berganti
sukar untuk diganti
pada royalti tidak ditunai
terus dimungkiri.

Rakyat sudah mengerti
permainan lakonan pemimpin dengki
rakyat tidak mudah dijual beli,
punyai maruah diri
dan harga diri yang tinggi.

Ditabur sana sini
untuk memikat hati nurani
taburlah…
janjilah…
rakyat negeri ini
sudah pasti
tidak undi, pada menteri
yang sering melupai janji
dan memungkiri.

Masshah 2013
Tempat kerja
Meru.

No comments:

Post a Comment

Jangan Berhenti Membaca